Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Kalau Sayang Arwah, Beri Mandat Besar – Hisham

By 9 Februari 2017Februari 19th, 2017Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Syed Fauzi bin Syd Mostapa Foto: Mohd Nazree Yakup

LUNDU, 9 Feb (Malaysiaaktif) – “Kalau sayang kepada arwah CM dahulu (Tan Sri Adenan Satem) berikanlah mandat yang besar juga kepada calon kali ini, Puan Sri Jamilah Anu untuk meneruskan kesinambungan perjuangan allahyarham”.

Demikian luah Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang ditemui semasa Program Jiwa Murni di Sekolah Kebangssan Bumiputera di sini tengah hari tadi.

Murid-murid prasekolah yang teruja menyambut ketibaan Hussein

Murid-murid prasekolah yang teruja menyambut ketibaan Hussein.

Hisham berharap agar masyarakat di sini akan turun beramai-ramai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu  agar majoriti yang diterima ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung tahun lepas dapat dipertahankan.

“Kita memerlukan mandat yang tidak berbelah bahagi daripada orang ramai. Saya harap bahawa rakyat di sini akan keluar beramai-ramai  semasa PRK untuk memastikan majoriti yang kita (BN) kecapi ketika PRN, bukan sahaja dapat dipertahankan tetapi lebih daripada yang telah tercatat dalam sejarah.

“Kita kena kembali kepada rakyat walaupun kawasan arwah ini merupakan kawasan yang agak selesa. Dalam keadaan kita yakin kawasan ini kubu kuat kita turun juga. Kerana kita ni bukannya berpolitik hanya untuk kepentingan tertentu sahaja.

Menurut Hisham lagi, masyarakat Lundu tahu akan sumbangan arwah yang banyak di kawasan ini dan Jamilah dilihat mampu meneruskan kesinambungan perjuangan arwah.

“Rata-rata yang saya jumpa pun semua merasa kehilangan yang amat besar sekali. Oleh sebab arwah punya perjuangan, mandat yang diberikan kepada kita ketika PRN baru-baru ini, saya tengok rakyat di Sarawak ini masih lagi bersatu.

Hisham ditemani Azizul semasa program Jiwa Murni tengah hari tadi.

“Masyarakat Lundu memang tahu bahawa arwah telah membuat banyak jasa di kawasan ini. Pada masa yang sama, pagi tadi saya sempat rancangan Puan Sri yang cukup rapi untuk membangunkan kawasan di sini. Anaknya Azizul pun ada bersama dengan saya.

Sementara itu, menyentuh calon lawan, Hisham mahu rakyat Sarawak menilai sendiri keikhlasan mereka untuk menawarkan diri sebagai calon.

“Saya pun tak faham sebab mereka nak bertanding. Kena tanya mereka sendiri. Sama ada mereka serius atau tak, saya tak kisah tetapi yang penting kita serius.

hisham wefie 2

Swafoto Hisham bersama guru di SK Bumputera.

“Yang penting kita nak membuktikan kepada orang ramai dalam apa-apa jua keadaan, ada pertandingan atau tidak kita akan teruskan kesinambungan arwah. Saya  tak kenal pun siapa dia calon tu. Saya rasa orang sini pun tak kenal.

“Dalam keadaan mereka tak serius, itu bukan politik sebenarnya. Saya harap rakyat boleh menilai sendiri keikhlasan mereka untuk menawarkan diri sebagai calon.

Program Jiwa Murni ini bertujuan mendekatkan anggota tentera dan kementerian dengan rakyat, selain membangunkan dan memberi keselamatan kepada masyarakat di Sarawak ini.

Terdahulu, Hisham sempat menyerahkan kunci rumah kepada bekas sarjan bersara di Kampung Gerunggang.

-SF

Tinggalkan komen anda