Skip to main content
Berita TempatanSabah

Jambatan Baharu Buat Kg. Tuaran Setelah 40 Tahun Menanti

By 9 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Asmidar Zainol / Foto: Nasrie Tapisil (Sabah)

TUARAN, 9 Feb (Malaysiaktif) – Selepas 40 tahun menanti jambatan baharu, akhirnya penduduk-penduduk kampung seberang Tuaran mampu tersenyum lebar selepas diumumkan bakal menerima jambatan baharu selewat-lewatnya pada 2019 nanti.

Bagi penduduk tempatan Tuaran, Augustine Hiew, 36, usaha membina jambatan baharu tersebut diterima baik oleh pihaknya.

“Kami bersyukur dan gembira akhirnya jambatan yang lama ini akan digantikan dengan jambatan konkrit yang pastinya membawa banyak manafaat kepada penduduk-penduduk kampung di sini.

1.Rahman (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Jurutera Kanan Cawangan Jambatan, JKR Sabah Petrocelli Joseph (tiga dari kiri)

Rahman (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Jurutera Kanan Cawangan Jambatan, JKR Sabah Petrocelli Joseph (tiga dari kiri)

“Dengan adanya jambatan tersebut, kami dapat pegi ke pekan dengan lebih cepat tanpa melalui jalan Tamparuli dan ini pastinya dapat menjimatkan kos perjalanan dan masa kami,” katanya kepada pemberita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahman Dahlan berkata jambatan sepanjang 109meter dengan kos RM18juta tersebut bakal menjadi pemangkin kegiatan ekonomi dan kesejahteraan penduduk kampung-kampung berkenaan.

“Dengan adanya jambatan ini, perkhidmatan-perkhidmatan asas seperti hospital, balai polis, bomba dan jabatan-jabatan kerajaan akan lebih mudah untuk dinikmati oleh mereka yang berada di kampung-kampung seberang tanpa membina bangunan-bangunan baharu yang tentunya akan memakan kos sebanyak RM60-RM70juta.

“Kita bakal membina jambatan konkrik yang memerlukan pembinaan tiang di dalam sungai, jadi pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu mengambil masa untuk membuat kajian dan memerlukan kejuruteraan spesifik untuk ia dibina.

“Pihak JKR memberikan komitmen mereka untuk memulakan kerja-kerja pembinaan jambatan dua lorong ini pada tahun ini juga,”ujarnya.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim (kanan), Madius (dua dari kanan), Rahman (tiga dari kanan) dan Hajiji (kiri) menunjukkan isyarat bagus selepas selesai membuat lawatan.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim (kanan), Madius (dua dari kanan), Rahman (tiga dari kanan) dan Hajiji (kiri) menunjukkan isyarat bagus selepas selesai membuat lawatan.

Rahman turut memaklumkan projek pembinaan jambatan tersebut akan dibina sepenuhnya oleh kontraktor tempatan.

“Walaupun jambatan ini nampak kecil, tetapi ia akan menjadi pemangkin ekonomi daerah Tuaran dan ini adalah infrastruktur yang agak kritikal untuk pembangunan Tuaran 10 hingga 20 tahun akan datang.

“Dengan adanya jambatan ini ia akan menjadikan saiz Tuaran bertambah dua kali lebih besar dan buat pertama kalinya akan menaikkan nilai-nilai tanah dari seberang,” jelasnya.

Rahman berkata demikian semasa sidang media selepas melawat jambatan lama yang menghubungkan Tuaran dan kampung-kampung seberang di daerah berkenaan pada Isnin.

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda