Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Nenek 90 Tahun Antara Pengundi Awal di Sematan

By 18 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Mipah Jaya lega selepas selesai mengundi.
Laporan / foto oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SEMATAN, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Hujan lebat sejak awal pagi tidak menghalang penduduk sekitar Sematan keluar untuk membuang undi masing-masing sejak 8.00 pagi tadi.

Walaupun berkerusi roda, dengan dipayungi oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seorang nenek dari Kampung Tanah Hitam, Mipah Jaya, 90 berasa lega kerana dapat menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Tanjong Datu.

“Lepas Subuh tadi saya dah mula bersiap. Agak risau juga kerana hujan lebat. Nasib juga anak saya ada bersama, jadi saya minta juga dia untuk hantar saya ke sini seawal yang mungkin,” ujarnya yang ditemui sesudah tamat mengundi.

Mipah merupakan antara seramai 1,101 pengundi berdaftar di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua, Sematan.

9deb0b61-d6ae-42ea-9b06-f2de20430f93

Choong Choon Moi yang tinggal di Kuching datang ke Sematan sejak semalam.

Pusat mengundi yang dibuka sehingga 3.00 petang ini itu turut menyaksikan kehadiran ibu kepada enam anak, Choong Choon Moi, 80 yang kini telah tinggal di Kuching.

“Sejak 11.00 pagi semalam, saya telah sampai ke Sematan sebagai persediaan untuk mengundi. Kami sekeluarga menyewa di hotel Sematan untuk program pagi ini.

“Pada saya, walau sejauh mana pun kita tinggal kita perlu melaksanakan tugas kita sebagai rakyat di sebuah negara demokrasi,” ujarnya yang mengalami sakit lumpuh.

9430d223-aa01-4777-8e18-846ad03e9cc3

“Banyak pembangunan yang berlaku di Sematan,” ujar Air.

Sementara itu, bagi Air Hasan, 76, dari Kampung Siru, keperluan merupakan kepercayaan yang diletakkan kepada bakal wakil rakyat Tanjong Datu.

“Mengundi ialah tanggungjawab kita untuk negara. Sematan juga jauh berubah berbanding sebelum ini. Calon yang bertanding juga dilihat dapat meneruskan pembangunan yang dibuat oleh arwah Tok Nan.

“Pada saya pembangunan jalan, sekolah, telekomunikasi bertambah baik saban tahun. Jadi sebab itu sebelum 8.00 pagi saya dah keluar mengundi,” ujarnya lagi.

396cb757-a686-4ec3-bcb2-917889b8f300

Hardy yang bekerja hari ini menunaikan tanggungjawabnya sebelah petang.

Dalam pada itu, pekerja hotel, Hardy Minsel, 29 dari Kampung Pueh yang mengundi untuk kali ketiga di SK Pueh berkata dia akan keluar pada 2.00 petang selepas habis bekerja.

“Majikan saya turut menyarankan para pekerja untuk balik awal atau keluar sebentar untuk menunaikan tanggungjawab mengundi. Undi ini ialah satu peluang untuk mencari pengganti kepada kepimpinan arwah Tok Nan,” ujarnya.

Pada hari ini seramai 9,771 orang layak mengundi bagi Pilihan Raya Kecil N.03 Tanjong Datu di 16 pusat mengundi yang disediakan oleh SPR.

Sehingga pukul 9.00 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 15 peratus pengundi berdaftar telah menyempurnakan kewajipan mereka.

4121ef89-eb3c-4825-8594-39dd76e6e270

Hujan di Pusat Mengundi SJK Chung Hwa Sematan.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda