Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Saingan Tiga Penjuru di PRK Tanjong Datu-SPR

By 4 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Laporan dan foto oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

LUNDU, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan melalui Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri N.03 Tanjong Datu, Hamsein Atar bahawa terdapat empat pencalonan yang diterima namun ada seorang calon telah ditolak.

SPR mengumumkan calon yang sah bertanding

SPR mengumumkan calon yang sah bertanding

Hamsein yang juga merupakan Pegawai Daerah Lundu berkata demikian ketika mengumumkan calon di Dewan Masyarakat Lundu, di sini pagi tadi.

Tiga pencalonan yang diterima dan disahkan bertanding  adalah daripada Parti Barisan Nasional, Jamilah Anu, Parti Reformasi Negeri (STAR), Johnny Aput dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru Raelson Richard Hamid. Manakala seorang calon yang telah ditolak kertas penamaannya ialah Asbor Abdullah daripada parti Bebas.

Calon Bebas yang telah ditolak borang permohonannya.

Calon Bebas yang telah ditolak borang permohonannya.

Tempoh berkempen oleh parti bertanding bermula hari ini sehingga 12.00 tengah malam pada 17 Januari ini.

SPR juga mengumumkan tarikh mengundi awal akan diadakan pada 12 Februari ini manakala hari mengundi pada 18 Februari ini.

Pusat-pusat pengundian akan diumumkan kemudian selepas diwartakan.

Sementara itu, bagi calon PBDS Baru, Raelson, walaupun memegang status Orang Kelainan Upaya, dia mahu suara rakyat kedengaran

Raelson yang ditemu bual oleh Malaysiaaktif

Raelson yang ditemu bual oleh Malaysiaaktif

“Masyarakat mahu suara mereka kedengaran. Isu tanah menjadi agenda utama saya. Kita telah menang di mahkamah Tinggi Rayuan tetapi kita kalah di Mahkamah Tinggi Persekutuan. Ini satu keadilan bagi rakyat Sarawak. Undang-undang ini hanya boleh digubal melalui DUN, jadi kita perlukan wakil untuk memberi satu resolusi yang lebih baik.

“Pada saya anggota kurang saya tidak menjadi halangan tetapi keinginan saya untuk berjuang demi rakyat. Kita perlu melihat bukan sekadar untuk hari ini tetapi juga untuk masa hadapan.

“Saya tidak gentar dengan cabaran nama-nama besar seperti Jamilah Anu kerana pada saya paling penting adalah untuk mencuba,” ujarnya lagi.

Pertandingan tiga penjuru ini bakal berlangsung oleh sebab Allahyarham Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan pada 11 Januari lepas.

SF

Tinggalkan komen anda