Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

“Food Flotilla For Myanmar” Berlepas, Bantu Rakyat Rohingya

By 4 Februari 2017Februari 5th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh : Norieza Abd Ghafar / Badarudin Shuib

KLANG, 4 Februari (Malaysiaaktif) – ‘Misi ini bukan sahaja menggembleng tenaga dalam isu kemanusiaan tetapi sebagai tanda keprihatinan rakyat Malaysia’, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Majlis Pelepasan Misi “Food Flotilla For Myanmar” ┬ádi Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang semalam.

“Inilah contohnya di mana kalau kita berdiri atas prinsip menolong, atas semangat kemanusiaan, atas insan-insan yang seakidah dan kita berpegang dan bertaut kepada ukhuwah islamiah. Tidak ada apa yang kita tidak boleh capai dan tidak ada yang tidak boleh kita jayakan. Inilah semangat kita dan mudah-mudahan semangat ini membawa kita kepada masa depan yang lebih baik untuk umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya’, ujar Najib lagi.

WhatsApp Image 2017-02-04 at 7.04.26 AM

Isu pelarian Rohingya adalah isu sejagat dan perlu diberi perhatian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Majlis pelepasan kapal Nautical Aliya yang membawa misi “Food Flotilla For Myanmar” ini telah dilancarkan bagi menangani isu kemanusiaan masyarakat Islam Rohingya di Myanmar.┬á Misi ini memberi bantuan sebanyak 2200 tan makanan dan “hygiene kit” yang merupakan sumbangan daripada pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) ke Maungdaw,┬á Myanmar.

Jumlah sukarelawan yang terlibat adalah seramai 238 orang yang disertai daripada pelbagai negara seperti Indonesia, Thailand, Palestin, China dan beberapa NGO seperti Aqsa Working Group, Ban Street dan Geng Ustaz serta akan mengambil masa selama 20 hari.

Misi ini juga turut membawa seramai 50 orang anggota perubatan terdiri daripada 30 orang doktor pakar dan 20 orang paramedik yang turut menyumbang tenaga bagi misi “Food Flotilla For Myanmar”.

WhatsApp Image 2017-02-04 at 7.04.33 AM

Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim bersama sukarelawan Misi “Food Flotilla For Myanmar”

Turut hadir pada majlis ini adalah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda