Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Buang Amalan Negatif, Kunci Kejayaan Usahawan Bumiputera

By 29 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan / foto oleh : Abdul Razak Zakaria (Hulu Langat)

BANGI, 29 Mac (Malaysiaaktif ) – “Program keusahawanan harus diteruskan di semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) bagi melahirkan lebih ramai usahawan terutamanya dalam kalangan Bumiputra.”

Demikian kata Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Rahim Tamby Chik ketika sidang media Majlis Perasmian Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di sini, hari ini.

“Kedudukan ekonomi bumiputera dalam bidang keusahawanan masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum lain khususnya kaum Tionghua. Mereka sering bergerak dalam satu pasukan, suka berkongsi maklumat dan selalu membantu usahawan yang baru,” jelasnya lagi.

WhatsApp Image 2017-03-29 at 8.32.18 PM

Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Rahim Tamby Chik menyempurnakan gimik Majlis Perasmian Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera.

Tambah Tan Sri Rahim, pelbagai dasar dan polisi diperkenalkan oleh kerajaan seperti Model Baru Ekonomi (MBE), Program Trasnformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Majlis Ekonomi Bumiputra (MEB) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untuk membantu masyarakat.

“Bumiputera perlu membuang amalan negatif seperti materialistik, individualistik, pilih kasih, hasad dengki dan tidak yakin dengan diri sendiri untuk terus berjaya dalam bidang keusahawanan.

“Budaya berdaya saing mesti diwujudkan dan diterapkan kepada bumiputera terutamanya dalam kalangan generasi muda agar golongan ini bukan sahaja mampu menguasai ekonomi negara malah berjaya di peringkat antarabangsa,” tegas Tan Sri Rahim.

WhatsApp Image 2017-03-29 at 8.32.20 PM

Buang amalan negatif dan berdaya saing, kunci kejayaan usahawan – Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Rahim Tamby Chik

Pelbagai faktor yang menyumbang kepada pengangguran siswazah termasuklah kekurangan kemahiran dalam kalangan pelajar, ketidaktentuan ekonomi dan sikap terlalu memilih pekerjaan dan satu-satunya bidang yang membolehkan mengatasi masalah ini adalah dengan menceburi bidang keusahawanan.

“Kerajaan menjadikan bidang keusahawan terutamanya sektor industri kecil dan sederhana (IKS) sebagai penyumbang utama peluang pekerjaan baharu seterusnya membantu perkembangan ekonomi negara pada masa akan datang.

“Program yang dilaksanakan oleh GABEM seperti Kempen Satu Keluarga Satu Syarikat (1K1S), Pusat Sehenti GABEM (PSG), Konsolidasi Patriostisme Ekonomi Bumiputera di IPTA/IPTS dan Projek Penyelidikan Sosial Ekonomi Bumiputera dilihat mampu menjadi platform terbaik memperkasa ekonomi bumiputera,” ujarnya.

-MSM

Tinggalkan komen anda