Skip to main content
Berita TempatanSabah

Plaster Sebagai Tukun Tiruan Pertama Di Malaysia

By 3 April 2017April 5th, 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan: Asmidar Zainol / Foto: Jeffren Malaning (Sabah)

KOTA KINABALU, 3 Apr (Malaysiaktif) ā€“ Adunan tanah lumpur bakau, simen dan air mampu menjadi plaster yang paling berkesan dan menjimatkan kos membina tukun tiruan di negara ini.

Kaedah pertama seumpamanya telah ditemui oleh Pemilik Mari Mari Pulau Sepanggar, Octavius Dares Asaad semasa mendapatkan kaedah terbaik membina tukun tiruan bagi program ā€œEnd In Sipadan: 1Voluntourism Pembinaan Tukun Tiruan di Mari-Mari Pulau Sepanggarā€ anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sabah (MOTAC Sabah).

Zaki (kiri) dan Octavius (kanan) memasang blok-blok bata menggunakan plaster andunan tanah lumpur bakau, simen dan air di Pulau Sepanggar.

Zaki (kiri) dan Octavius (kanan) memasang blok-blok bata menggunakan plaster andunan tanah lumpur bakau, simen dan air di Pulau Sepanggar.

Menurut Octavius, pembinaan tukun ini mengambil masa hampir tiga bulan, bermula daripada kerja penyelidikan, uji kaji sehinggalah pemasangan tukun tersebut di kawasan resort berkenaan.

ā€œBerdasarkan penyelidikan, plaster daripada adunan air, simen dan tanah lumpur bakau lebih berkesan dan pratikal kerana lebih murah, mudah melekat, tidak mudah pecah serta kukuh berbanding dengan kaedah biasa,” katanya.

Octavius turut memaklumkan pembinaan tukun tiruan biasa yang menggunakan gam Epoxy lebih mahal iaitu sekitar RM50 segelas, berbanding menggunakan adunan plaster ciptaannya yang hanya menelan kos 20 sen hingga 30 sen bagi segelas plaster.

“Penemuan ini memberi kemudahan kepada pengusaha atau sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk membuat tukun tiruan sebagai menambah hidupan marin di sesuatu kawasan tersebut.

Pekerja Mari Mari Pulau Sepanggar menunjukkan cara-cara membuat plaster batu bata kepada ahli-ahli Persatuan Pelancongan Backpackers, AIC.

Pekerja Mari Mari Pulau Sepanggar menunjukkan cara-cara membuat plaster batu bata kepada ahli-ahli Persatuan Pelancongan Backpackers, AIC.

ā€œSebagai permulaan, kami membina empat tukun tiruan berukuran empat hingga enam kaki dengan ketinggian dua hingga empat kaki menggunakan 60 kilogram (kg) simen dan 30 kg tanah lumpur bakau.

ā€œBahan-bahan ini, kecuali blok bata, dicampur dan digaul untuk membentuk bola-bola sederhana besar dan ia diletakkan sebagai gam atau plaster untuk memastikan ia melekat antara blok bata.

ā€œTukun-tukun tiruan ini akan mengambil masa selama enam bulan untuk ditumbuhi lumut dan karang yang akan menarik ikan-ikan untuk berlindung dan mendapat bahan makanan daripada tukun berkenaan,ā€ ujarnya.

Sementara itu, Pengarah MOTAC Sabah, Ag Zaki Abu Bakar berkata, melalui pembinaan tukun-tukun tiruan ini, bukan sahaja dapat menjaga simbiosis ekosistem marin malah sebagai titik permulaan menggalakkan pengusaha-pengusaha resort untuk beroperasi menggunakan ā€˜amalan hijauā€™.

ā€œKita menggalakkan kesemua pengusaha syarikat selaman untuk mengamalkan ā€˜amalan hijauā€™ agar mereka lebih bertanggungjawab kepada alam sekitar terutamanya hidupan marin dan bukan sekadar mengaut keuntungan semata-mata,ā€ katanya.

ā€œDengan adanya usaha yang berterusan, kita bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran kepada setiap pengusaha syarikat pelancongan malah terhadap penduduk tempatan serta pelancong untuk bersama membantu memperkaya khazanah biodiversiti marin di sini,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan program “End In Sipadan: 1Voluntourism Pembinaan Tukun Tiruan di Mari-mari Pulau Sepanggar” pada Ahad.

Zaki turut memaklumkan, program tiga hari tersebut merupakan permulaan kepada program ā€˜End In Sipadanā€ yang telah dilancarkan pada Disember lepas.

Wakil-wakil media tempatan dan ahli-ahli Persatuan Pelancongan Backpackers, Kolej Antarabangsa Almacrest (AIC) bergambar kenangan bersama sebelum memulakan program.

Wakil-wakil media tempatan dan ahli-ahli Persatuan Pelancongan Backpackers, Kolej Antarabangsa Almacrest (AIC) bergambar kenangan bersama sebelum memulakan program.

Dalam pada itu, Ahli Persatuan Pelancongan Backpackers, AIC, Godeol Anthony, 19, pengalaman menyertai program ini banyak menambah pengetahuan terutama cara membuat tukun tiruan tersebut.

“Rasa bangga apabila kaedah penciptaan tukun tiruan ini dihasilkan oleh seorang anak tempatan Sabah yang pertama di Malaysia seumpamanya bagi memastikan tukun tiruan tahan lebih tahan dan murah.

“Selain itu, pakej Sukarelawan membina tukun tiruan yang ditawarkan oleh Mari-Mari Pulau Sepanggar berjaya menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke pulau tersebut,” terangnya.

Godeol turut menyatakan, dia akan berkongsi pengalaman ini dan mempromosikan program tersebut kepada hampir 5000 rakan Facebooknya.

Bagi pelajar Diploma Pengurusan Kesenggangan, AIC, Marlina Johnny, 19, peluang bersama rakan-rakan di program tersebut menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

“Saya cukup teruja apabila bersama-sama mengambil bahagian dalam program anjuran MOTAC Sabah hari ini.

“Saya akan berkongsi bersama rakan-rakan mengenai pembinaan tukun tiruan memandangkan ramai rakan-rakan saya juga berada dalam kursus pelacongan di pusat pengajian lain,” katanya.

Program tiga hari ini memberi peluang kepada 50 peserta daripada staf Persatuan Pelancongan Sabah, Persatuan Pelancongan Backpackers, Kolej Antarabangsa Almacrest (AIC) dan media untuk merasai sendiri pengalaman membina tukun tiruan tersebut.

SF

Tinggalkan komen anda