Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Program Sentuhan Kasih Bantu 21 Asnaf

By 28 April 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan oleh: Suzilawati Kamarudin / Foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)

MAMBAU, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Kira-kira 21 asnaf yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas, anak yatim dan golongan yang kurang berupaya menerima sumbangan dalam Program Sentuhan Kasih, di sini semalam.

Menurut penerima bantuan, Hamidah Bahaman, bantuan yang diberikan dapat mengurangkan beban perbelanjaan hariannya.

“Menjadi ibu tunggal kepada 3 orang anak yang masih bersekolah bukan mudah, dengan adanya sumbangan seperti ini dapat mengurangkan serba sedikit perbelanjaan harian saya,” katanya.

Tambah Hamidah, ini merupakan kali kedua dia menerima bantuan seperti ini.

Program Sentuhan Kasih yang dianjurkan sempena Hari Info Bestari Komuniti 1Malaysia (K1M) ini telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur dan wang tunai.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu 3 Mambau, Tupon Bajuri, menyatakan kampung berkenaan sebagai bertuah kerana terpilih sebagai K1M di bawah penyeliaan Pejabat Penerangan Daerah Seremban.

Jelasnya, Kampung Batu 3 Mambau sering diberikan peluang bagi menjalankan aktiviti-aktiviti seperti ini yang dijalankan secara kerjasama bersama JKKK dan Pejabat Baitulmal Daerah Seremban.

WhatsApp Image 2017-04-27 at 10.58.15 PM

Sementara itu, Ahli EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi dalam ucapan perasmiannya memaklumkan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat, bantuan yang diberikan bergantung sama ada cepat atau lambat kerana perlu diberikan secara berperingkat.

Program yang dihadiri kira-kira 70 penduduk kampung ini turut dimeriahkan lagi dengan Sambutan Isra’ Mikraj dengan penyampaian ceramah Isra’ Mikraj daripada Ustaz Hafiz Harun.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Sabarudin Yeop Hamza,.

– AH

Tinggalkan komen anda