Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Royal Selangor Reka Pingat Unik KL2017

By 30 Mei 2017Jun 1st, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan & Foto oleh: Parameswary Lekshmnan & Norlydiana Ishak (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini memperkenalkan pingat pertama yang diperbuat daripada kayu kempas dan pewter untuk Sukan SEA ke-29 serta Sukan Para ASEAN ke-9 atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 (KL2017), di sini.

“Pingat KL2017 adalah lambang kepada pencapaian atlet. Ia diperbuat daripada kayu kempas dan pewter yang melambangkan keunikan negara kita serta khazanah asli Malaysia.

“Hanya satu nama hadir di fikiran saya yang mampu menggalas tanggung jawab mereka bentuk dan mengeluarkan medal ini, dan ianya adalah Royal Selangor,” katanya.

Menurut Khairy, Royal Selangor merupakan pilihan terbaik bagi mereka bentuk dan membekalkan pingat sempena kejohanan KL2017 memandangkan ia mempunyai pengalaman luas dalam menghasilkan pewter berkualiti.

“Ini merupakan kerjasama pertama antara Royal Selangor dengan Kementerian Belia dan Sukan.

“Saya berharap pingat KL2017 ini akan menjadi sumber inspirasi dan momentum bagi para atlet yang bakal bertanding nanti,” katanya lagi.

Pingat KL2017 rekaan Royal Selangor yang diperbuat daripada pewter dan cakera kayu kempas

Pingat KL2017 rekaan Royal Selangor yang diperbuat daripada pewter dan cakera kayu kempas

Royal Selangor yang akan dikenali sebagai ‘Official Medal Partner’ KL2017, turut menjadi penaja Perak bagi KL2017.

Antara rekaan Royal Selangor ialah baton yang digunakan dalam ‘Larian Baton Bangkit Bersama’ yang mengelilingi seluruh negara peserta KL2017 di Asia Tenggara dan obor yang digunakan dalam Larian Obor KL2017.

Royal Selangor akan turut mengadakan beberapa aktiviti sempena KL2017 seperti pameran obor KL2017, di samping mengeluarkan beberapa barangan istimewa sempena KL2017 iaitu Arca RIMAU (RIMAU Figurine), peringatan (commemorative medal) dan pin kolar.

Pada majlis yang sama, Khairy memaklumkan bahawa penajaan KL2017 telah melepasi sasarannya sebanyak 103 peratus iaitu 82.7 juta.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (dua dari kanan) dan Pengarah Eksekutif Royal Selangor, Chen Tien Yue (Kiri)

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (dua dari kanan) dan Pengarah Eksekutif Royal Selangor, Chen Tien Yue (kiri)

Kerjasama antara kedua-dua pihak ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong dan Pengarah Eksekutif Royal Selangor, Chen Tien Yue.

KL2017 akan membuka tirainya pada 19 Ogos 2017.

 

– AH

Tinggalkan komen anda