Skip to main content
Berita TempatanHomeNegeri Sembilan

Jalan Pintasan Mahsan–Rompin Mula Dibuka

By 20 Jun 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan & Foto: Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL, 20 Jun (Malaysiaaktif) – “Jalan Pintasan Mahsan–Rompin sejauh 3.21KM yang dibina  merentasi jalan Bandar IOI akan dapat mengelakkan kesesakan Jalan Bahau–Mahsan.

“Projek Jalan Pintasan yang membabitkan kos kebanyak RM30 juta ini dibina untuk keselesaan pengguna jalan raya”.

Demikian kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika merasmikan Pembukaan Jalan Pintasan Mahsan-Rompin dan Naik Taraf Jalan Bandar IOI–Mahsan tengah hari semalam.

Hasan ketika menyampaikan ucapan.

Mohamad ketika menyampaikan ucapan.

Mohamad menambah, pembangunan Bandar IOI seluas 516.23 ekar turut menempatkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Wawasan dan Sekolah Tamil manakala 20.5 ekar rizab lagi diperuntukkan bagi tujuan rekreasi masyarakat setempat.

“Soal agama tidak ditinggalkan dengan adanya kawasan rizab bagi pembinaan sebuah masjid, di samping dua ekar bagi tujuan pembinaan Klinik Kesihatan serta lima ekar rizab untuk Balai Polis dan Balai Bomba.

“Kemudahan rizab yang telah disediakan oleh IOI Group ini menjamin keselesaan penghuni yang bakal menduduki sebanyak 126 unit Rumah Mampu Milik Jenis A dengan keluasan 20’ X 60’ sudah hampir siap, sementara 206 unit Jenis B dengan keluasan 20’ X 65’ telah 80 peratus siap dengan harga seunit RM150 ribu ke bawah.

“Rumah mampu milik ini diharapkan dapat memberi peluang kepada semua masyarakat untuk memiliki rumah kediaman yang selesa dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Hasan ketika melawat Projek Rumah Kos Rendah yang dibina oleh IOI (20'x60') tiga bilik dan dua bilik air bernilai RM80 ribu.

Mohamad ketika melawat Projek Rumah Kos Rendah yang dibina oleh IOI (20’x60′) tiga bilik dan dua bilik air bernilai RM80 ribu.

Dalam pada itu, Mohamad berkata dengan pembangunan sebanyak 88 unit deretan kedai yang telah siap juga diharap dapat merancakkan ekonomi setempat dan membuka satu pusat perniagaan baharu yang mampu berdaya saing.

“Hampir 202.88 ekar bagi fasa 1 sedang giat dibangunkan manakala baki untuk fasa seterusnya akan dijalankan mengikut kelulusan yang telah dipersetujui.

“Gambaran secara keseluruhan pembangunan di Bandar IOI ini mampu membuka sebuah lembaran penempatan dan peluang ekonomi yang sedikit sebanyak memberi impak yang positif bahawa Majlis Daerah Jempol akan dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran tidak lama lagi,” ujarnya lagi.

Terdahulu, ADUN Serting, Datuk Shamsulkahar Md Deli berkata, Bandar IOI yang terletak di kawasan DUN Jeram Padang manakala Jalan Mahsan pula terletak dalam Kawasan DUN Serting akan mewujudkan sebuah bandar yang mampan dalam tempoh lima tahun.

“Kerajaan negeri sentiasa akan mengutamakan keselesaaan dan kesejahteraan rakyat dalam kedudukan yang paling utama. Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Datuk Seri (Mohamad) telah memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik yang pertama di Malaysia.

“Kini IOI Properties telah merealisasikan dasar kerajaan Negeri Sembilan dengan membina rumah mampu milik yang pertama di Negeri Sembilan.

“Projek Lebuh Raya Serting Seremban yang akan dilaksanakan kelak akan merancakkan lagi pembangunan sosial ekonomi penduduk Jempol,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif IOI Group, Tan Sri Lee Shin Cheng berkata cadangan Mohamad untuk pembinaan Jalan Pintas Mahsan–Rompin adalah bagi menggelakkan kesesakan yang sering berlaku di Jalan Bahau Mahsan.

“Selepas pembukaan jalan baharu ini, pengguna jalan yang ingin ke Rompin atau Gemas tidak perlu mengunakan Jalan Bahau lagi,” ujarnya.

SF

Tinggalkan komen anda