Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

RM 56,000 Untuk Imarahkan Ramadan

By 9 Jun 2017Jun 12th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan / foto oleh Mohd Baharruddin Mohamad / Roslee Hj Hashim 

MUKAH, 9 Jun (MalaysiaAktif) – Sebanyak 56 masjid dan surau di daerah Mukah dan Bahagian menerima sumbangan sebanyak RM 1,000 daripada Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Lembaga Amanah Masjid Setia Raja Mukah agar dapat mempelbagaikan program dalam mengimarahkan bulan Ramadan ini.

Menurut  Pegawai dari Tabung Baitulmal Sarawak,Cawangan Mukah, Roziema Haji Zaini, sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk mengimarahkan masjid/surau sepanjang bulan Ramadan.

Datin Elly Zalilah (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan peribadi kepada ibu tunggal.

Datin Elly Zalilah (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan peribadi kepada ibu tunggal.

Dalam pada itu, Pengerusi  Surau Darul Huda, Kuala Lama, Hj Othman Bujong berkata dengan sumbangan yang diterima ini dapatlah mereka menjalankan aktiviti surau sepanjang bulan Ramadan.

“Saya amat bersyukur kerana tiap-tiap tahun surau kami menerima sumbangan seperti ini dan sumbangan ini nanti dapat juga digunakan sebagai tambahan untuk pengurusan surau,” ujarnya lagi.

Dalam majlis itu juga, MIS turut menyampaikan sumbangan kepada 200 orang terdiri daripada warga emas, anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, bagi seorang penerima sumbangan, Abdullah Sulhi, 49, sumbangan dihulur amat beerti kerana sedikit sebanyak telah mengurangkan beban yang ditanggung.

“Selain bantuan yang diperolehi ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban untuk menjalani ibadah puasa dan persiapan Syawal dan untuk membeli barangan keperluan harian, syukur Alhamdulillah,” katanya.

Sumbangan disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak  Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Masjid Setia Raja di sini, petang semalam.

Majlis anjuran Pejabat Residen Bahagian Mukah itu dihadiri lebih 1,000 orang tetamu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Muhd Leo Micheal Toyad, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Dr.Abdul Rahman Junadi, serta Menteri Muda Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Dato Len Talif Salleh.

 

-SH

Tinggalkan komen anda