Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Ti-Ratana Terima Dana Tambahan RM1 Juta

By 26 Julai 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Elyas Hisyam & Shahfuri Saidan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Malaysiaaktif) – Lebih 1000 orang menghadiri Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pusat Perlindungan Warga Emas Ti-Ratana di Desa Petaling, di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pembinaan bangunan lima tingkat ini dianggarkan menelan kos sebanyak RM 12 Juta.

“Kerajaan sebelum ini telah menyumbang sebanyak RM1 Juta pada tahun 2012 dalam ‘The Fund Raising Campaign’ untuk mengutip dana pembinaan rumah perlindungan ini dan pada hari ini kerajaan akan menambah lagi sumbangan sebanyak RM 1 Juta untuk menampung kos pembinaan.

“Menolong orang yang memerlukan pertolongan adalah satu ‘moment of unity’ kerana kita membantu kepada sesiapa yang memerlukan bantuan tidak kira orang Islam atau bukan Islam kerana setiap pertolongan akan diberikan ganjaran manakala orang Islam akan mendapat ganjaran pahala, dan nilai-nilai sistem inilah yang saya mahu promosikan,” katanya lagi.

Perdana Menteri ketika majlis gimik pecah tanah pembinaan Pusat Perlindungan Warga Emas Ti-Ratana.

Perdana Menteri ketika majlis gimik pecah tanah pembinaan Pusat Perlindungan Warga Emas Ti-Ratana.

Najib yang tidak menyangka begitu ramai akan hadir ke majlis tersebut berharap agar semua hadirin yang hadir untuk bersama-sama menjayakan kerja-kerja amal bagi membantu mereka yang memerlukan.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur; Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Liow Tiong Lai dan Pengasas dan Penasihat Pusat Kebajikan Ti-Ratana, Datuk K. Sri Dhammaratana.

– AH

Tinggalkan komen anda