Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Wabak Anjing Gila; Lagi Kawasan Diwartakan

By 26 Julai 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh :Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi JPBN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, telah mengisytiharkan dua lagi kawasan baru wabak Rabies iaitu Pasar Basah Sungai Maong, di sini dan Kampung Serikin, Bau.

“Sehingga hari ini, sebanyak 22 kawasan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak rabies,” kata Amar.

Mesyuarat tersebut telah memutuskan dan mencadangkan beberapa langkah dalam menangani wabak rabies terutamanya di kawasan sempadan, antaranya adalah dengan mewujudkan kerjasama di bawah naungan SOSEK MALINDO supaya mesyuarat boleh diadakan dari masa ke semasa sekiranya diperlukan.

“Mesyuarat juga bersetuju untuk membuat vaksinasi bersama di bawah Immune Belt di kawasan sempadan.

“Antara lain yang dibincangkan, kempen mempertingkatkan promosi kesedaran mengenai rabies di sempadan dengan memberi pamplet yang mempunyai dwibahasa (Malaysia dan Indonesia,” ujarnya.

Setakat ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) memaklumkan sejak 2 hingga 25 Julai 2017, sebanyak 402 kes gigitan baru telah dikesan termasuklah di Serian (31 kes), Sri Aman (3 kes), serta 16 kes di Kuching.

“JKNS telah mewujudkan 4 buah Klinik Gigitan Anjing iaitu di Hospital Umum Sarawak, Hospital Serian, KK Sentosa dan KK Sri Aman untuk memberi perkhidmatan pengurusan kes gigitan anjing bagi pesakit yang tinggal berdekatan.

“Bagi kes gigitan anjing yang berlaku di luar kawasan 4 klinik tersebut, pesakit dinasihati untuk pergi ke klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mendapatkan rawatan,” ujarnya lagi.

Setakat hari ini sebanyak 17, 844 ekor haiwan telah divaksin termasuklah 10 204 ekor anjing, 7 595 ekor kucing dan 45 ekor haiwan lain.

JPVS turut memohon kerjasama daripada semua pihak yang mana haiwan mereka telah divaksin untuk mengurung dan memerhati tingkah-laku haiwan masing-masing.

-SH

Tinggalkan komen anda