Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

‘STEM’ Masa Depan Pendidikan Malaysia

By 8 Julai 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Liputan dan Foto oleh : Khairul Amar Firdaus & Hairiz Fahmi (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Malaysiaaktif) – “Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 memperakui inisiatif pendidikan berpaksikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) dan ia sememangnya memainkan peranan penting sebagai pemacu utama dalam meningkatkan keupayaan pelajar dan kebolehpasaran graduan dalam mendepani cabaran era globalisasi.”

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata demikian pada Majlis ‘Powering The Power’ oleh ExxonMobil berkaitan Pendidikan STEM, di sini semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan menyampaikan ucapan perasmian.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan menyampaikan ucapan perasmian.

Menurut Kamalanathan, inisiatif pendidikan ini dapat memberikan pendedahan tambahan serta pengalaman baru yang melangkaui persekitaran kelas kepada para pelajar.

“Secara tidak langsung mereka mendapat peluang yang sangat luar biasa untuk memperkasa ilmu pengetahuan dan membina hubungan yang lebih baik ketika berinteraksi dengan individu atau kumpulan lain,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah PERMATA Pintar, Profesor Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak menegaskan bahawa kanak-kanak yang pintar merupakan aset negara paling bernilai maka ia perlu dipupuk dan digilap bagi menyempurnakan diri mereka menghadapi cabaran masa kini yang sentiasa berubah pantas.

“Ia juga menjamin generasi ini berupaya menyumbang kepada pembangunan negara malah di sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Datuk P.Kamalanathan  bergambar bersama Pengerusi ExxonMobil Malaysia, Edward Graham dan jemputan.

Datuk P.Kamalanathan bergambar bersama Pengerusi ExxonMobil Malaysia, Edward Graham dan jemputan.

Pada majlis yang sama, ExxonMobil memperkukuhkan kedudukan mereka di Malaysia melalui Inisiatif STEM dengan memberi sumbangan tajaan bernilai RM250,000.00 untuk ‘National Science Challenge 2017’, hasil jalinan usahasama Akademi Sains Malaysia yang akan diadakan pada 16 Ogos 2017 di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Turut hadir, Pengerusi ExxonMobil Malaysia, Edward Graham dan Pengerusi Jawatankuasa National Science Challenge Akademi Sains Malaysia, Profesor Yang Farina Abdul Aziz.

– AH

Tinggalkan komen anda