Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Buku Bajau ‘Pahlawan Di Laut, Perwira Di Darat’ Dilancarkan

By 18 Ogos 2017Ogos 24th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto oleh: Nornisah Khairoji & Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini telah melancarkan Buku Bajau terbitan Rontong Publications, ‘Pahlawan Di Laut, Perwira Di Darat’, di sini.

Buku setebal 146 muka surat ini merangkumi tiga bahagian yang turut menceritakan keberanian dan pengorbanan masyarakat Bajau serta peranan kaum Bajau terutamanya di Sabah.

“Terdapat banyak lagi suku kaum di Sabah dan Sarawak yang masyarakat perlu ketahui selain tiga kaum utama di Malaysia.

“Kekuatan Malaysia adalah kepelbagaian masyarakatnya yang hidup harmoni di bawah satu bumbung,” katanya.

Penulis, Musli Oli bersama buku terbitannya.

Penulis, Musli Oli bersama buku terbitannya.

Buku hasil karya Musli Oli ini mengisahkan asal usul suku kaum Bajau di Sabah yang disiapkan dalam tempoh masa lebih setahun.

“Saya harap dapat menjelaskan kemusykilan dan kekeliruan masyarakat tentang suku kaum Bajau yang pernah menguasai Lautan Nusantara suatu ketika dulu,” kata Musli Oli.

Dalam pada itu, Salleh berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam memberi kesedaran terhadap golongan muda untuk mendaftar sebagai pengundi dan melibatkan diri dalam pemilihan kepimpinan negara.

WhatsApp Image 2017-08-17 at 9.00.55 PM

Menurutnya, terdapat 3.7 juta rakyat yang belum mendaftar sebagai pengundi daripada 18 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi sehingga 31 Mac 2017.

“Generasi muda adalah aset negara dan mengundi adalah hak mereka sebagai warganegara dalam menentukan hala tuju negara melalui sistem demokrasi negara kita,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.

– AH

Tinggalkan komen anda