Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

DBKL Lancar Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

By 14 Ogos 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Halim Aman & Syaiful Harif Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini melancarkan ‘Kempen Kibarkan Jalur Gemilang’ peringkat DBKL, di Menara DBKL 1, di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dalam ucapan perasmiannya menyeru agensi-agensi di bawah pentadbiran DBKL agar memasang Jalur Gemilang di premis mereka untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan warga kota.

Guru Sekolah Kebangsaan Segambut, Aremantay Yaji, 37.

Guru Sekolah Kebangsaan Segambut, Aremantay Yaji, 37.

Menurut guru di Sekolah Kebangsaan Segambut, Aremantay Yaji, “Pelancaran hari ini menyemarakkan lagi semangat cintakan negara di mana terdapat berbilang kaum di Malaysia tetapi kita tetap aman tanpa sebarang prasangka buruk sesama sendiri.”

Berkongsi pendapat yang sama, guru Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu, Isros Ishak, dan wakil Persatuan Badminton Kuala Lumpur, K. Kanagaraja, berkata, “Pelancaran hari ini memperlihatkan inisiatif pihak DBKL dalam membangkitkan semangat cintakan negara”.

Guru SK Kampung Bharu, Isros Ishak, 45.

Guru Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu, Isros Ishak, 45.

Kedua-dua penerima Jalur Gemilang ini melahirkan harapan yang besar agar semangat ini sentiasa ada dan terus berkembang dalam diri masyarakat Malaysia.

Pada majlis yang sama, kira-kira 60 agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur menerima agihan Jalur Gemilang.

 

– AH

Tinggalkan komen anda