Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Kerjasama Agensi dan NGO Lancarkan Operasi Haji – Zaiton

By 4 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad / Razali Ihi (Sarawak)

KUCHING, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerjasama dan bantuan daripada setiap agensi serta badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat semasa operasi musim haji tahun ini berjalan lancar walaupun pada permulaannya timbul masalah, namun pada penerbangan seterusnya keadaan bertambah semakin baik dan memuaskan.

Pengarah Negeri, Lembaga Tabung Haji, Hajah Zaiton Mohd Yusoff berkata, kerjasama dan daripada agensi serta NGO seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Persatuan Bulan Sabit Merah, Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan, dan Tabung Haji sendiri telah melaksanakan tugas dengan cemerlang.

“Setiap agensi nampaknya membuat kerja dengan begitu komited dan saya mengucapkan syabas dan terima kasih di atas segala kerjasama yang dilakukan sepanjang operasi dan berharap agar kerjasama seperti ini dapat dilakukan lagi semasa waktu operasi haji balik ke tanah air kelak,” ujarnya.

Zaiton (kiri) membantu jemaah semasa pendaftaran masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Zaiton (kiri) membantu jemaah semasa pendaftaran masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Menurut Zaiton lagi, terdapat 5 Jadual penerbangan khas pada musim haji yang telah diperuntukan pada tahun ini yang melibatkan seramai 160 lebih orang jemaah haji setiap penerbangan dan jumlah keseluruhan jemaah ialah seramai 1027 orang mengikut pecahan daripada setiap daerah mahupun bahagian.

Penerbangan terakhir ini membawa 160 jemaah menggunakan pesawat khas KT29Q berlepas dari Kuching ke Kuala Lumpur pada pukul 2.20 pagi.

Menurut Samsul Keram, 45, penjawat awam dari Jabatan Penerangan Malaysia, berkata operasi  kali ini cukup tersusun dan efisien serta menjadikan setiap urusan penerbangan berjalan lancar.

“Musim haji tahun ini sangat teratur dan tersusun dan saya berharap supaya dimana-mana sahaja kami turun nanti keadaan sama turut berlaku. Saya juga berterima kasih kepada Tabung Haji kerana menguruskan kami dengan baik,” katanya lagi.

Menurut Zaiton, kumpulan jemaah haji kembali ke tanah air dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan penerbangan yang sama pada 19 September 2017 pada pukul 12.10 tengahari bagi jemaah haji dari Kuching,

Manakala penerbangan pada 20 September, pukul 5.00 petang adalah bagi jemaah dari Kuching dan Samarahan, penerbangan seterusnya adalah pada 22 September, 1:25 pagi bagi jemaah dari Limbang/Miri/Bintulu/Sri Aman.

Masing-masing dua penerbangan pada 23 dan 25 September pada 5.00 petang dan 12.10 tengah hari bagi membawa pulang Jemaah dari Kuching Sibu, Mukah dan Sri Aman.

-SH

Tinggalkan komen anda