Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Melaka Perkenal Konsep Perkongsian Basikal

By 3 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: M Zakry Chan (Melaka)

AYER KEROH, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelancaran ‘Basikal Eco Green OFO Melaka’ merupakan sebuah lagi inisiatif kerajaan negeri Melaka melalui Tourism Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dalam menyediakan perkhidmatan basikal kepada rakyat Melaka dan pelancong yang datang berkunjung ke negeri ini.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, dengan pelancaran ini dapat menyumbang tiga perkara iaitu pertamanya mewujudkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Melaka.

“Kedua, memberi kemudahan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Melaka sebagai altenatif menggunakan sistem perkongsian basikal ini yang dilihat lebih cekap dan murah untuk memudahkan mereka untuk melawat ke destinasi-destinasi pelancongan yang terdapat di Melaka.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (empat dari kiri) ketika melancarkan Basikal Melaka OFO Eco Green di Dataran Seri Negeri, pagi tadi.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (empat dari kiri) ketika melancarkan Basikal Melaka OFO Eco Green di Dataran Seri Negeri, pagi tadi.

“Selain itu, perkara yang lebih penting adalah mengubah hidup masyarakat Melaka ke arah negeri bandar teknologi hijau yang mampu mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida di Melaka.

“Perkhidmatan ini bukan hanya menggalakkan budaya hijau dan amat mesra alam, ia juga mampu mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di bandar-bandar besar. Keadaan ini sudah terbukti apabila inisiatif ini diperluaskan di 150 buah bandar di China,” jelas Idris ketika melancarkan ‘Basikal Melaka OFO Eco Green’ di Seri Negeri, di sini, pagi tadi.

Siti Ainur (kanan) bersama Unit Sahabat Belia Melaka bersama menyumbang tenaga dalam mempromosikan Basikal OFO Eco Green

Siti Ainur (kanan) bersama Unit Sahabat Belia Melaka bersama menyumbang tenaga dalam mempromosikan Basikal OFO Eco Green.

Dalam pada itu, seorang peserta kayuhan dari Unit Sahabat Belia Melaka, Siti Ainur Abul’as, 25, berkata penggunaan basikal menerusi aplikasi canggih ini mampu menarik semula budaya berbasikal dalam kalangan masyarakat di negeri Melaka.

Tambahnya, selain itu sebagai sebuah negeri pelancongan, kerajaan negeri Melaka sudah pasti akan membawa pembaharuan dalam menyemarakkan lagi industri tersebut.

Peserta bersemangat bersama basikal yang telah dilengkapi dengan aplikasi canggih untuk kegunaan masyarakat Melaka dan pelancong.

Peserta bersemangat bersama basikal yang telah dilengkapi dengan aplikasi canggih untuk kegunaan masyarakat Melaka dan pelancong.

“Kemudahan ini sudah pasti memberi keselesaan kepada pelancong untuk ke destinasi yang diingini, setahu saya, sebanyak 500 buah basikal akan ditempatkan di kawasan-kawasan pelancongan seperti di Menara Taming Sari, Restoran Melayu Melaka, Taman Rempah (Melaka River Cruise), Dataran 1Malaysia dan Melaka International Trade Center (MITC) Ayer Keroh.

“Dengan menggunakan aplikasi ini, sesesiapa sahaja boleh menggunakan perkhidmatan ini selepas membuat tempahan dan mendapat kod akses menerusi telefon pintar. Di samping itu, pengguna tidak perlu memikirkan soal keperluan mengembalikan basikal ke stesen-stesen khas kerana terdapat Global Positioning System (GPS) yang boleh mengesan di mana basikal itu ditinggalkan,” jelas Siti.

-DZ

Tinggalkan komen anda