Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Konvoi KMN 2017 Tiba di Klang

By 26 Ogos 2017Ogos 30th, 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan dan foto oleh: Norieza Abdul Ghaffar & A. Prabagaran (Klang)

SEMENTA, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka NegaraKu (KMN) 2017 hari ini tiba di Dataran Kampung Batu 4, Jalan Kapar yang merupakan lokasi yang ke-37 penjelajahan konvoi ini.

Walaupun keadaan cuaca masih lagi hujan ketika ketibaan konvoi tersebut, namun, ia tidak melemahkan semangat mereka dalam menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dengan pengibaran Jalur Gemilang.

Seramai 107 orang peserta konvoi yang terlibat termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan, agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan media turut serta.

Ketua Konvoi KMN 2017, Mohd Roffee Mohamad

Ketua Konvoi KMN 2017, Mohd Roffee Mohamad

Menurut Ketua Konvoi KMN 2017, Mohd Roffee Mohamad konvoi ini membawa misi dan salah satunya adalah bagi merakyatkan sambutan bulan kebangsaan dan bekerjasama bersama-sama pihak NGO.

“Selain itu, kita perlu merayakan perpaduan dalam perbezaan parti, agama dan bangsa serta mengingati sejarah kemerdekaan Malaysia dengan mengekalkan kemerdekaan yang sedia ada ini,” ujarnya.

Pada majlis yang sama, turut diadakan Bicara Tokoh bersama Pak Abd Hamid Abd Rahman @ Hamid Gurkha yang dikendalikan oleh moderator, Khairul Anuar Saimun.

“Jagalah negara anda ini dan pertahankan kemerdekaan negara yang bertuah ini,” pesannya di permulaan bicara.

Hamid Gurkha

Hamid Gurkha

Pak Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan pengalamannya apabila negara dijajah Jepun semasa umurnya antara sembilan tahun dan 10 tahun.

“Penderitaan dan kepayahan hidup ketika waktu itu kerana tiada barang makanan dan terpaksa bergantung dengan hasil tanaman seperti ubi kayu dan pisang sahaja selama tiga tahun lapan bulan,” ujarnya.

Pak Hamid turut menceritakan kekejaman komunis selama 16 hari pemerintahannya selepas Jepun menyerah diri, seterusnya, dia mengingatkan masyarakat hari ini supaya sentiasa pertahankan negara agar tidak dijajah sekali lagi.

Koordinator Pembangunan Persekutuan, Azhar Ayub

Koordinator Pembangunan Persekutuan, Azhar Ayub

Koordinator Pembangunan Persekutuan DUN Sementa, Azhar Ayub merasmikan program tadi yang dihadiri kira-kira 200 orang termasuk peserta konvoi, wakil penduduk, ahli jawatankuasa dan ahli-ahli Komuniti 1 Malaysia serta agensi kerajaan.

“Sambutan kemerdekaan menunjukkan kita bebas menentukan masa depan kita serta mengekalkan perpaduan dan kemerdekaan,” ujarnya.

Program diakhiri dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada agensi-agensi kerajaan dan NGO dan acara menandatangani Buku Autograf KMN 2017.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda