
Laporan dan Foto oleh : Edawati Sulaiman & Jaitripta kaur (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Malaysiaaktif) – Hampir 1,000 masyarakat menghadiri program PR1SMA@Community dan My Beautiful Neighbourhood yang diadakan di Kelompok Serindit, di sini hari ini.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, “Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan kira-kira 30 peratus atau 4.2juta rakyat di negara ini mengalami masalah mental seawal usia 16 tahun hingga 19 tahun.”
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program PR1SMA@Community, My Beautiful Neighbourhood sempena sambutan Bulan Kebajikan Negara dengan tema ‘Memperkukuh Inklusitiviti Ke Arah Kesejahteraan Masyarakat’.
Salah seorang penerima watikah perlantikan Sukarelawan Muda, Amirul Hafiz Ramli, 16, berkata penglibatannya sebagai sukarelawan adalah untuk menaburkan bakti dan membantu masyarakat tanpa mengharapkan sebarang balasan selain mengisi masa lapang yang terluang.
Program ini merupakan kolobrasi strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur dengan agensi-agensi kerajaan sekitar Kuala Lumpur seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pejabat Ahli Parlimen Setiawangsa, Maju Terminal Management and Services (TMAS), Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Setiawangsa.
Turut hadir, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari; Pengarah JKM Kuala Lumpur, Wan Noraidah Wan Mohd Zain dan Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Lembah Pantai, Datin Azizah Shahril.
– AH