Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaSabah

Lebih 60,000 Meriahkan Sambutan Hari Malaysia 2017

By 17 September 2017Tiada komen1 minit bacaan
Laporan: Haslinah Samsir / Foto: Unit Foto Japen (Sabah)

KOTA KINABALU, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Kira-kira 60,000 orang pengunjung memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2017 di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di sini semalam.

Kebanyakan mereka membawa ahli keluarga masing-masing bagi memanfaatkan hujung minggu dengan beriadah, uji minda, dan mengunjungi gerai-gerai pameran dan jualan serta menyaksikan konsert dan berpeluang berjumpa dengan artis yang hadir membuat persembahan.

Perarakan Masuk Pembawa Jalur Gemilang Kembara Merdeka Negeraku (KMN)

Perarakan Masuk Pembawa Jalur Gemilang Kembara Merdeka Negeraku (KMN)

Rata-rata mereka yang ditemui menyatakan matlamat utama mereka adalah untuk melihat sendiri perayaan 16 September yang dirai setiap tahun secara bergilir antara Sarawak, Semenanjung dan Sabah.

Acara kemuncak, iaitu pada malam 16 September, menjadi lebih meriah dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Majlis sambutan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin serta isteri, Toh Puan Norlidah  R.M Jasni
dengan Upacara Memotong Kek Hari Malaysia 2017 bersama-sama para tetamu kenamaan lain.

Terdahulu, Najib menandatangani Buku Hari Malaysia 2017 simbolik kepada persetujuan pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Turut berlangsung, Perarakan Masuk Konvoi Kembara Merdeka (KMN) Negaraku Jabatan Penerangan Negeri Sabah serta penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengarahnya, Swadi Guliling kepada Najib dan kemudiannya diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia untuk dikibarkan.

Selain persembahan kebudayaan dan nyanyian artis terkenal tanah air, majlis juga diserikan dengan persembahan bunga api seiring laungan 1Malaysia oleh seluruh rakyat.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda