Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Wang Peruntukan Setiap Kampung Ditambah

By 25 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

DALAT, 25 Sept (Malaysiaaktif) – Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, cukup teruja apabila bantuan yang disampaikan sebelum ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Fatimah menjelaskan pihak kerajaan negeri telah menyalurkan sejumlah RM350,000 untuk membina dermaga di Kampung Balan, sejumlah RM30,000 untuk laluan bersimen serta RM10,000 untuk penganjuran mini regata di sini.

“Apabila melihat peruntukan yang saya berikan digunakan dengan baik dan acara mini regata diadakan dengan cemerlang sekali, maka pada tahun depan, saya akan tambah peruntukkan kepada Jawatankuasa Mini Regata Kampung Balan untuk menjalankan aktiviti yang sama, sekali lagi.

Aktiviti mini regata kali ini berjaya menarik lebih penyertaan berbanding tahun lepas.

Aktiviti mini regata kali ini berjaya menarik lebih penyertaan berbanding tahun lepas.

Selain di Kampung Balan, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan jumlah yang sama dan mengikut jumlah penduduk untuk membina dermaga di Kampung Brunei serta membina benteng di dermaga Kampung Tanam, di sini.

“Seperti pada tahun ini, pada tahun hadapan juga kami akan meneruskan sumbangan untuk projek-projek prasarana, bantuan sekolah, dan lain-lain dengan jumlah sebanyak RM45,000.00 untuk sebuah kampung, namun jumlahnya akan berubah mengikut bilangan penduduk di kampung-kampung terlibat.

“Kami juga akan menambah peruntukkan sebanyak RM1,000.00 untuk setiap aktiviti lain seperti sukan, kebajikan mahupun kebudayaan,” tambahnya lagi ketika merasmikan mini regata di sini, semalam.

Terdahulu, Pengerusi Pengelola Mini Regata, Zaidi Kassim memberitahu bahawa acara ini dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Keluarga Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Balan.

“Buat kali kedua penganjuran, pertandingan kali ini disertai sebanyak 50 buah perahu laju dan 8 buah perahu bidar yang datangnya dari sekitar daerah Dalat, Mukah dan Bahagian Kapit,” ujarnya.

Program yang telah dirancang dan diadakan selama tiga hari itu menyediakan acara terbuka seperti lumba perahu bidar pecut yang dianggotai seramai 10 hingga 20 orang pendayung.

Turut hadir Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, Haji Kenel Haji Jaraiee, Pegawai Daerah Dalat, Kueh Leh Poh, dan lebih 1,000 peminat sukan air.

-SH

Tinggalkan komen anda