Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Artis Budaya Melanau Kuching Wakili Malaysia di Korea

By 25 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 25 Sept (Malaysiaktif) – Seramai 12 orang penari dan pemuzik dari Persatuan Melanau Kuching telah berjaya membuat persembahan tarian Suku Kaum Melanau bagi mewakili Malaysia di Chungdu, Korea di Annual General Meeting 18th World Martial Arts Festival 2017 Anjuran World Martial Arts Union dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bersama deligasi dari Persatuan Seni Bela Diri Dayak Sarawak (SDMAA) Negeri Sarawak.

Rombongan mereka telah berlepas ke Korea pada 20 September lalu dan dijadualkan akan mengadakan persembahan dan akan kembali semula ke negeri Sarawak pada 29 September nanti.

Persembahan ini secara tidak langsung mengangkat nama negara di persada dunia.

Persembahan ini secara tidak langsung mengangkat nama negara di persada dunia.

Menurut Naib Presiden Persatuan Melanau Kuching (PMK) Sarawak, Faridah Osman, beliau berasa sangat bangga kerana seramai 12 orang penari dan pemuzik dari Persatuan Melanau Kuching (PMK) berjaya menyahut cabaran untuk membuat persembahan tarian Suku Kaum Melanau di peringkat Antarabangsa.

Sementara itu, ketua kumpulan penari dan pemuzik PMK, Hipni Mun semasa dihubungi melalui aplikasi Whattsapp memberitahu bahawa mereka telah membuat lima persembahan di pentas kebudayaan di Chungdu, Korea ini.

“Saya berterima kasih kepada sokongan, bantuan, kepercayaan dan motivasi yang telah diberikan oleh ahli jawatankuasa PMK Sarawak, Tan Sri Dr. Muhammad Leo Toyad, serta semua yang terlibat,” jelasnya lagi.

Tan Sri Dr. Muhammad Leo Toyad ketika dihubungi turut memberi ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dan khasnya kepada 12 orang penari dan pemuzik PMK kerana Berjaya mengharumkan nama PMK, Kaum Melanau di Sarawak, Negeri Sarawak dan Malaysia khasnya.

Katanya tarian dan kebudayaan kita sudah mula diterima dan diberi kepercayaan oleh masyarakat luar.

“Oleh yang demikian kita perlu menghormati budaya kita sendiri serta memeliharanya setakat mana yang termampu agar ianya terus kekal selamanya.

-SH

Tinggalkan komen anda