Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

RELA Mukah Terima Anggota Baharu

By 19 Oktober 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

MUKAH, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 103 ahli baru bersama-sama anggota  Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sarawak Daerah Mukah telah menyertai Kursus Pengenalan RELA 2/2017 bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Tabau, Mukah di sini semalam.

Menurut Pegawai RELA Daerah Mukah, PRD Shazali Sulaiman penyertaan daripada penduduk kampung, belia dan kaum Cina dalam anggota RELA Malaysia sangat digalakkan kerana penyertaan mereka amat sedikit.

KPRK Ulai Sukup (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ketua Kampung Tabau, Mukah, Merpaty Tamadaee.

KPRK Ulai Sukup (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ketua Kampung Tabau, Mukah, Merpaty Tamadaee.

“Penyertaan daripada penduduk di Kampung Tabau dan Kampung Teh di sini sangat membanggakan dan diharap kesemua anggota yang baharu sahaja mendapat sijil dan menjadi ahli RELA agar memberi kerjasama dan berkhidmat kepada orang ramai serta menjaga kesejahteraan nama baik RELA,” ujarnya.

Ketua Perhubungan RELA  Kawasan (KPRK) Ulai Sukup berkata, antara lain tujuan kursus ini ialah untuk menambahkan anggota RELA di samping memperkenalkan RELA kepada penduduk setempat sambil membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian.

“Setiap anggota baru diwajibkan mengikuti kursus tentang pengenalan RELA sebelum mengambil kursus asas dan pada masa yang sama anggota akan diterangkan tentang  tanggungjawab mereka agar dapat melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan dengan baik,” jelas Ulai.

Ketua Kampung, Kampung Tabau, Merpaty Tamadaee menerima baik pelaksanaan kursus ini di kampungnya.

“Saya berasa gembira kerana RELA menjalankan kursus di sini kerana penduduk kampung lebih suka membuat kursus seperti ini ditempat mereka sendiri,” jelasnya

 

– SH

Tinggalkan komen anda