Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Kerajaan Prihatin Terhadap Golongan Nelayan

By 19 November 2017November 20th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Sharman Subramaniam (Kuala Selangor) / Aziz Ahmad Shariff

KUALA SELANGOR, 19 Nov (Malaysiaaktif) – “Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan bantuan sara hidup kepada golongan nelayan sebanyak RM 300 sebulan,” demikianlah luahan perasaan salah seorang nelayan di Kuala Selangor, Leh Chin Hooi, 57, dalam Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai.

“Sedikit sebanyak dapat membantu golongan nelayan terutama dengan kenaikkan harga petroleum sekarang,” kata Leh lagi.

IMG-20171118-WA0015-1024x768

 

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan  (JKKKP) Kg. Assam Jawa, Azmi Kassim, 65, turut menyokong program hari ini kerana berpendapat ia membantu dan melegakan golongan nelayan.

“Disamping itu juga jualan ikan murah pada hari ini membantu masyarakat dengan kos sara hidup yang tinggi dan megelakkan harga manipulasi orang tengah,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Selangor (Penegor), Rosidi Ujang, 47, melihat program hari iaitu jualan ikan murah mendapat sambutan dari masyarakat dan nelayan.

“Program ini merupakan siri ke-7 di negeri Selangor dan tujuannya adalah bagi membantu masyarakat dengan kos sara hidup yang tinggi,” tambah Rosidi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hadir menyempurnakan majlis tersebut.

Shabery juga menyatakan bahawa peruntukkan baharu diberikan kepada golongan pesawah, iaitu elaun ataupun saguhati sebanyak RM200 untuk tiga bulan selepas menanam dan menunggu waktu menuai.

“Bantuan Sara Hidup Nelayan di Malaysia diberikan sebanyak RM300 setiap bulan kepada nelayan,” tambahnya lagi.

Menurut Shabery Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah banyak membantu para nelayan, antaranya pemberian jaket keselamatan, memasang sistem pegesanan automatik (AIS) pada bot dan mempertingkatkan pengeluaran Q-Fish iaitu ikan sejuk beku dengan teknologi terkini.

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda