Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

FT BANQKU Julang Piala PMS 2017

By 4 Disember 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad / Remmy Sukup (Sarawak)

MUKAH, 4 Dis (Malaysiaaktif) – FT Banqku yang mewakili Kampung Seberang/Kampung Sungai Alo Mukah, telah diumumkan sebagai juara dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah rebutan Piala Press Metal Sarawak (PMS) 2017 di Padang Press Metal, di sini, petang semalam setelah mengalahkan pasukan My Team U20 dengan keputusan 1-0.

Jaringan tunggal Alexon Aiho, pemain tengah pasukan FT Banqku pada minit ke-20 itu memastikan pasukan dari Kampung Sungai Alo di bawah pimpinan Abdullah Saibi itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.00, piala pusingan, piala iringan dan medal.

Mohd. Dahri (FT Banqku) turut menerima anugerah penjaring terbanyak kejohanan.

Mohd. Dahri (FT Banqku) turut menerima anugerah penjaring terbanyak kejohanan.

Pemain FT Banqku, Mohamad Dahri turut dinobatkan penjaring terbanyak kejohanan, manakala Mohammad Faizal dari My Team U20 dianugerahkan sebagai pemain terbaik.

Selaku naib juara, My Team berjaya membawa pulang RM1,500.00, piala iringan dan medal, manakala dua pasukan yang memenangi tempat ketiga, pasukan Penta FT  dan Semaring FC masing-masingnya menerima hadiah wang tunai sebanyak  RM1,000.00, piala iringan beserta medal.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tokoh Belia Negeri Sarawak 2017, Royston Valentine.

Kejohanan dua hari yang melibatkan 46 perlawanan ini disertai oleh 32 pasukan dari seluruh bahagian di negeri ini.

 

– SH

Tinggalkan komen anda