Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

100 orang sukarelawan gotong royong membaiki rumah

By 29 Januari 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan dan Foto Oleh : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

LANGKAWI 29 Jan (Malaysiaaktif) – Dengan kehadiran hampir 100 orang ke rumahnya bergotong-royong dan membaiki rumah melalui program Kembara Jalinan Kasih (KJK) pagi semalam, menaikkan semangat Zinol Long untuk terus mengikuti rawatan terapi agar dapat kembali pulih satu hari nanti.
Zinol yang menerima bantuan pembaikan rumah serta bekas tentera yang lumpuh seluruh badan berkata dia dan keluarga mempunyai masalah rumah bocor dan sekiranya hujan, air masuk hingga ke tempat tidur.

Zinol Long

Zinol Long

Dia menjadi lumpuh dan hanya terlantar lebih dua tahun lalu kerana ditimpa pokok tumbang ketika menunggang motor untuk membeli santan di pasar berhampiran rumahnya.

20180128_105322

Dia sebelum ini berkhidmat dengan Airport Malaysia Berhad (MAB) selama 20 tahun dan kemudian menyertai Regimen askar Melayu sebelum terlantar begini sejak lebih setahun yang lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman memansang bumbung rumah Zinol Long

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman memansang bumbung rumah Zinol Long

Beliau menerima bantuan lampin dari ADUN, bantuan kewangan daripada JKM dan perubatan percuma dari hospital kerajaan.

Suami kepada seorang penerima bantuan pembaikan rumah Zainol Edol, 47, berkata, dia bersyukur kerana isterinya Azlina Md Isa, 49, menerima bantuan ini.

 

Zainol Edol menerima bantuan keperluan harian daripada Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia

Zainol Edol menerima bantuan keperluan harian daripada Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia

Dia gembira kerana dalam keuzurannya ada pihak yang sudi membantu dan ingat padanya.

Beliau telah lebih setahun tidak dapat bekerja kerana masalah kesihatan berhadapan dengan masalah kerosakan rumah serta membeli keperluan harian.

Dengan kehadiran KJK, rumahnya dibaiki dan dia juga mendapat bantuan keperluan harian dalam bentuk makanan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman berkata, salah satu usaha menyantuni masyarakat ialah dengan Kembara Jalinan Kasih (KJK).

“Ini ialah salah satu program di bawah induk besar Menghubung dan Menyatu (CTU) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)”, ujarnya

Hari ini saja empat buah rumah dibaiki di sekitar Langkawi.

Antara sukarelawan yang berkerjasama bergotong -royong membaiki rumah

Antara sukarelawan yang berkerjasama bergotong -royong membaiki rumah

Program ini membolehkan JaPen merasai denyut nadi rakyat.

Selain membantu mereka ia juga pendidikan kepada diri kita sendiri untuk mensyukuri nikmat dan memghulur bantuan kepada yang memerlukan, katanya lagi.

Ujar Ibrahim di peringkat KKMM akan terus turun padang mencari rakyat yang memerlukan.

Selain membaiki rumah, JaPen juga menyampaikan keperluan harian seperti barangan makanan dan wang tunai.

“Tapi yang lebih penting ialah menceriakan mereka. Bila ramai-ramai datang menziarahi dan bergotong-royong mereka berasa sangat gembira”, kata Ibrahim lagi.

DSC_5024

Bekas pemain bola tampar Langkawi Azman Abdullah, 25 yang kini lumpuh seluruh badan akibat kemalangan

ADUN Ayer Hangat yang ditemui berkata, beliau menaruh harapan kepada Jabatan Penerangan Malaysia yang mempunyai pengalaman lebih 100 tahun, untuk menangani perang digital terutamanya dalam mencari kaedag atau teknologi baru bagi menangkap penyebar maklumat palsu.

Program Kembara Jalinan Kasih perlu dipergiatkan lagi bagi memastikan tiada rakyat yang terpinggir dan terlepas dari pandangan kerajaan.

Dalam majlis makan tengaharinya bersama pelajar-pelajar tahfiz, Ibrahim menyampaikan bantuan sebanyak RM2000 kepada Maahad Tahfiz dan Qiraat Sofa Ar Rawi Padang Lalang Langkawi bagi membeli peti sejuk baru.

Tinggalkan komen anda