Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

Jualan Sentuhan Rakyat Habis Dalam Masa Sejam

By 29 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan & Foto: Ramasamy Amas

JEMPOL, 29 Jan (Malaysiaaktif) –“Saya sangka dapat memborong banyak barangan hari ni, tapi terkejut semuanya dah habis. Cepat betul masing-masing bertindak”.

Demikian kata, salah seorang pengunjung yang datang pada 9.00 pagi untuk membeli barangan dapur yang dijual dengan harga jauh lebih murah sempena Program Jualan Sentuhan Rakyat Peringkat DUN Serting  di Tapak Pasar Malam Bandar Baru Serting pagi tadi.

Program Jualan Rakyat yang dijadualkan bermula 8.00 pagi hingga 11.00 pagi, telah dibanjiri orang ramai yang mula berkumpul seawal 7.00 pagi.

Datuk Salim ketika berucap

Datuk Salim ketika berucap

Rata-rata tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan tawaran harga lebih murah berbanding dengan harga di pasaran seperti bawang merah (India) 3kg RM8.00 berbanding RM12, kentang 3kg RM4.00, minyak masak paket 1kg RM2.30 berbanding RM2.80 dan tepung gandum RM1.30 .

Hafis Jumaat, 33 daripada Beras Nasional Malaysia (BERNAS) berkata dalam tempoh tidak sampai dua jam kami dapat menjual 200 kampit beras 10kg dan 200 kampit 5kg dengan harga RM22 dan RM11, kami jual dengan harga lebih murah berbanding RM25 dan RM14 di pasar raya.

Manakala Ahmad Shaffi Mohammad, 39 pula berkata dalam masa sejam dia berjaya menjual 70 ekor ayam daging yang  dijual sekilo dengan harga RM7.80 berbanding RM8.60 di di pasar. Bel

“Sayaa yakin dalam tempoh sejam lagi dapat berjaya menjual 150 ekor. Walaupun keuntungan hari ini adalah sedikit tetapi sebagai tanggungjawab sosial saya sanggup menyertai dalam program hari ini,” ujarnya.

Begitu juga, Azarina Daud daripada Persatuan Nelayan Cawangan Negeri Sembilan yang menjual ikan selar dan ikan kembung dijual dengan harga RM8 dan RM9 berbanding dengan RM13 dan RM14 dijual di Pasar Borong Bahau.

Sementara itu, menurut Ketua UMNO Bahgian Jempol, Senator Datuk Salim Shariff, program Jualan Sentuhan Rakyat ialah rentetan untuk merasai denyutan nadi rakyat yang berhadapan dengan kenaikan harga barang keperluan harian.

“Barangan keperluan harian yang dijual hari ini adalah jauh lebih murah berbanding di luar sana dan orang ramai seharusnya merebut peluang ini.

“Kami akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya dapat diadakan dua kali sebulan dan lebih banyak lagi produk pertanian dijual dengan harga lebih murah sebagai tanda keperihatinan kerajaan terhadap rakyat serta akan diperluas ke kawasan DUN Jeram Padang, Palong dan Bahau supaya lebih ramai rakyat akan menikmati harga murah,” jelasnya.

Dalam pada itu, ADUN Kawasan Serting, Datuk Shamsulkahar Md. Deli berkata program Jualan Rakyat ialah inisiatif kerajaan untuk menangani masalah kos sara hidup dalam kalangan masyarakat kita.

“Pelbagai hasil pertanian dijual dengan harga lebih murah iaitu hampir 50 peratus berbanding di pasaran luar sana. Ini ialah hasrat kerajaan membantu rakyat  dan program ini akan diteruskan,” katanya.

-SF

Tinggalkan komen anda