Skip to main content
Berita TempatanSabah

300 Terima SSPNi Di Kota Belud

By 30 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Asmidar Zainol / Foto: Vicky Matanjang (Sabah)

KOTA BELUD, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Ibu tunggal, Rasini Unboi, 53, bersyukur anaknya, Allen Miller Sarintim diberi sumbangan Sijil Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPNi) oleh Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM).

“Terima kasih kepada BiKUM kerana memberi sumbangan sijil SSPNi bernilai RM100 kepada anak saya.

Azmal Saudar dan anaknya Nur Afifah.

Azmal Saudar dan anaknya Nur Afifah.

“Semoga sumbangan ini dapat memberikan semangat kepada anak saya untuk terus belajar hingga ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, bapa kepada empat anak, Azmal Saudar, 34, turut meluahkan penghargaan kepada BiKUM atas sumbangan tersebut.

“Dengan sumbangan ini dapat membantu masa depan pendidikan anak, Nur Afifah, 8 tahun.

“Insya-Allah saya akan terus menyimpan dalam tabung ini untuk kegunaan pendidikan dia nanti,” ujarnya gembira.

Dalam pada itu, suri rumah, Vianney Yanggu, 42 yang datang dengan anaknya, Clarissa Grace, 8, turut melahirkan perasaan terharu atas sumbangan tersebut.

Vianney Yanggun dan anaknya, Clarissa Grace.

Vianney Yanggun dan anaknya, Clarissa Grace.

“Saya terharu kerana anak saya turut terpilih sebagai penerima sijil SPPNi ini.

“Ini menunjukkan UMNO perihatin tentang pendidikan anak-anak di negara ini,” katanya selepas Majlis Perasmian Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 (UBR 2.0) di sini pada Sabtu.

SSPNi bernilai RM100 disampaikan oleh Pengerusi BiKUM merangkap Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah kepada 300 penerima di Parlimen Kota Belud.

Pada majlis tersebut, BiKUM turut menyampai replika cek bernilai RM120 ribu kepada UMNO Bahagian Kota Belud untuk pengagihan kit bantuan makanan di sekitar kawasan berkenaan.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Sabah merangkap Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Datuk Seri Ahmad Ayid.

SF

Tinggalkan komen anda