Skip to main content
Berita TempatanSabah

3000 Pengunjung Meriahkan Karnival Pekerjaan dan Mobile CTC Kota Belud

By 30 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan: Asmidar Zainol / Foto: Vicky Matanjang (Sabah)

KOTA BELUD, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Hampir 3000 pengunjung memeriahkan program Karnival Pekerjaan dan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak di sini, pada Sabtu.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Dr Mohd. Salleh Said Keruak, program berkenaan telah berjaya membuktikan kaedah NBOS sangat berkesan dalam penganjuran program-program kerajaan.

Salleh (empat dari kiri) turut menyampaikan sumbangan topi keledar kepada mereka yang bertuah.

Salleh (empat dari kiri) turut menyampaikan sumbangan topi keledar kepada mereka yang bertuah.

“Program Mobile CTC pertama kali diadakan ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Perbendaharaan Malaysia Sabah, Jabatan Tenaga Kerja, Pejabat Daerah Kota Belud dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

“Kerajaan berharap dapat memberi dan menyediakan perkhidmatan utama yang diperlukan oleh penduduk luar bandar atau komuniti pendalaman selain membawa transformasi sosial kepada rakyat demi kemajuan dan kesejahteraan negara,” ujarnya.

Katanya lagi, karnival pekerjaan yang diadakan juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dan membantu meningkatkan tahap ekonomi serta pendapatan isi rumah.

“Karnival ini dapat menggalakkan pengajian pekerja tempatan, memberi peluang kerjaya di samping memperkenal dan mempromosikan portal Jobs Malaysia Online.

“Sebanyak 500 peluang pekerjaan daripada lebih 20 majikan menyertai karnival ini dan turut memberi khidmat nasihat menghadapi temu duga dan cara kaedah permohonan pekerjaan dalam sektor kerajaan,” ujarnya semasa merasmikan program tersebut.

Pada program tersebut, turut diadakan pemeriksaan kesihatan, perancangan keluarga, membuat semakan wang tidak dituntut dan mahkamah bergerak.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah, Mohd. Yunus Charlie Charington; Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Kamal Pardi dan Pegawai Daerah Kota Belud, Abd. Gari Itam.

SF

Tinggalkan komen anda