
Laporan dan Foto oleh: Norulhuda Mohd dan Lyana Athirah Mohd Saad
POKOK SENA, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 95 orang Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Pokok Sena telah menerima elaun dalam Majlis Penyampaian Elaun JKKK bagi Daerah Pokok Sena di Dataran Sena hari ini.
Majlis ini diserikan lagi dengan program Sentuhan Kasih Sayang Muafakat Kedah Peringkat Daerah Pokok Sena tahun 2018 kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Seramai 300 orang penerima sumbangan telah dipilih daripada 6 mukim di Daerah Pokok Sena. Sumbangan tersebut merupakan bantuan daripada Pejabat Perdana Menteri yang disalurkan kepada Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) kepada daerah-daerah di Negeri Kedah bagi tahun 2018.
Sentuhan Kasih tersebut telah disampaikan oleh ADUN Bukit Lada Datuk Ahmad Bin Lebai Sudin.
Ahmad juga menyampaikan sumbangan peribadi kepada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Pokok Sena sebanyak RM5 ribu bagi membantu dalam menangani dan membanteras kegiatan penagihan dadah dan penagihan daun ketom di daerah ini. Semua Pengerusi JKKK juga secara rasminya telah dilantik sebagai Ahli PEMADAM bagi memerangi gejala penagihan tersebut di setiap kampung-kampung.
Salah seorang penerima sumbangan, Asiah Saud, 75, salah seorang penerima sumbangan daripada Kampung Bukit Derang berkata, “Saya rasa amat berterima kasih dan bersyukur dengan bantuan yang telah diberikan.”
Pengerusi JKKK Kampung Pondok Lama Mukim Bukit Lada Ramli bin Awang, 45, menerima elaun JKKK bagi Bulan November dan Disember 2017 turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana menghargai Pengerusi dan Setiausaha JKKK Daerah Pokok Sena melalui sumbangan elaun yang disampaikan oleh ADUN Bukit Lada yang turut sama hadir ke majlis ini.
– MRR