
Laporan : Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu) Foto : Bomba dan Penyelamat Hulu Terengganu
KUALA BERANG, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Mayat Pelajar Madrasah Hidayah Rohingya Kuala Berang, Muhammad Rahim Salleh Ahmad, 17, yang hilang ketika mandi di Taman Rekreasi Kuala Berang telah dijumpai berhampiran Jambatan Kampung Tapu, awal pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Hairisyam Mat Tahar, pihaknya telah menerima makluman dari pihak polis pada jam 1.40 pagi tadi menyatakan mangsa lemas telah dijumpai oleh seorang pemuda yang sedang memancing di kawasan berkenaan.
Mayat mangsa dijumpai 9 kilometer dari tempat kejadian akibat arus sungai yang deras ketika ini.