Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Pelantar E6 Teruskan Kesinambungan Bekalan Minyak dan Gas Sarawak

By 26 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Roszilawati Nor Aziz / Parno Selamat (Sarawak)

KUCHING, 26 Jan (Malaysiaaktif) – Projek pelantar E6 yang terletak kira-kira 200 km dari bandar Miri, Sarawak memberi pelbagai manfaat kepada penduduk sekitar dan juga penduduk Kampung Sejingkat, di sini.

Pengurus Projek E6, Kueh Beng Kiat berkata projek menyiapkan struktur pelantar minyak E6 telah dilaksanakan oleh Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation (BDEWC), Kuching.

“Kakitangan Brooke Dockyard telah dilatih mengikut kemahiran masing-masing bagi membolehkan pembinaan struktur tersebut dapat disiapkan dengan selamat dan tepat pada masanya dengan catatan masa bekerja tanpa kecederaan.

“Dalam 14 bulan, Projek E6 telah mencatat melebihi 1.2 juta masa bekerja tanpa kecederaan. Keselamatan merupakan keutamaan kita, sebagai seorang ahli IFC (Injury Free Club), kita mengambil berat antara satu sama lain dan bekerja sebagai satu keluarga,” jelasnya.

Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo menjelaskan kadar permintaan tenaga dunia sedang meningkat dan dijangka akan terus meningkat dalam masa terdekat.

“Justeru projek ini membolehkan penghasilan sumber tenaga yang berterusan, mampan dan meneruskan kesinambungan bekalan minyak dan gas di Sarawak.

“Setelah selesai kerja-kerja fabrikasi kedua-dua struktur E6 iaitu struktur kaki pelantar dan badan pelantar akan diangkut ke laut dari Brook Dockyard ke lokasi padang E6 untuk proses pemasangan pada Februari akan datang,” katanya.

Projek pelantar minyak E6 bukan sahaja dapat membekalkan tenaga berterusan untuk bekalan generasi masa depan tetapi turut membuktikan bahawa kebolehan dan kemahiran warga tempatan yang terlibat dalam industri minyak dan gas dapat membantu mengubah taraf ekonomi penduduk setempat.

– SH

 

Tinggalkan komen anda