Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Ziarah Kasih Ringankan Beban Penduduk Kampung Guchil

By 26 Januari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Suhaimi Nik Wil / Zulfadli Ab Hamid (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 26 Jan (Malaysiaaktif) – Program ziarah kasih yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Datuk Ramzi Abd Rahman di Kampung Guchil yang melibatkan dua keluarga memberi sinar harapan kedua-dua buah keluarga terlibat.

Pada program tersebut Ramzi telah menyerahkan sumbangan berupa cek dari biro kebajikan UMNO Bahagian Kuala Krai kepada pengidap pelbagai penyakit kronik seperi kencing manis, buah pinggang, darah tinggi dan lemah jantung.

Ramzi (kiri) ketika menziarahi  Wan Kamal yang menderita penyakit kencing manis di kediamannya di Kampung Guchil ini.

Ramzi (kiri) ketika menziarahi Wan Kamal yang menderita penyakit kencing manis di kediamannya di Kampung Guchil ini.

“Sumbangan yang diberikan adalah berdasarkan kepada tahap keseriusan penyakit yang dialami berpandukan kepada laporan doktor, dan bantuan yang diberikan tidak mengira latar belakang politik, bangsa mahupun agama” ujarnya.

Menurut anak penerima sumbangan Wan Mahmud  Wan Jusoh, Wan Ali Wan Mahmud, beliau melahirkan rasa terharu dan bersyukur di atas sumbangan yang diterima.

“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada  UMNO Bahagian Kuala Krai kerana menghulurkan bantuan kepada kami,” katanya.

Manakala isteri kepada penerima sumbangan kedua, Wan Kamal Wan Hassan, Halimah Sidik pula merasa teruja dengan sumbangan yang diberikan.

Program ziarah kasih ini adalah antara program yang dicetuskan oleh UMNO Bahagian Kuala Krai dalam usaha untuk meringankan beban mereka yang ditimpa musibah.

– SH

Tinggalkan komen anda