Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pembangunan Kesihatan Sentiasa Jadi Keutamaan

By 23 Januari 2018Januari 25th, 2018Tiada komen3 minit bacaan

Laporan: Eviannie Kin / Foto: Saiful Rahman Sabri (Sabah)

NABAWAN, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Pembangunan kemudahan kesihatan yang lengkap dan selesa sentiasa menjadi keutamaan kerajaan buat rakyatnya.

Justeru, kerajaan membina bangunan Klinik Kesihatan Nabawan bernilai RM28.8 juta khusus untuk masyarakat Nabawan agar dapat menikmati perkhidmatan kesihatan terbaik.

Bangunan baharu itu menggantikan bangunan lama Klinik Kesihatan Nabawan yang telah dibina dan beroperasi sejak 1970-an lagi.

FB7678E3-E76E-4385-8625-93CE7324F180

Najib ketika turun padang

Bangunan tersebut terletak kira-kira satu kilometer dari Pekan Nabawan, mula dibina sejak 2010 secara berperingkat dan siap sepenuhnya pada November 2016.

Sehingga kini, Klinik Kesihatan Nabawan mempunyai 87 kakitangan termasuk Pakar Perubatan Keluarga, Pegawai Perubatan, tiga orang Pegawai Pergigian, dua orang Pegawai Farmasi dan seorang Pegawai Sains Pemakanan.

Klinik tersebut memberi perkhidmatan kepada jumlah kira-kira penduduk seramai 32,309 orang yang meliputi enam mukim iaitu Mukim Nabawan, Sepulut, Pagalungan, Pensiangan, Pemunterian dan Tatalaan.

Lebih menggembirakan lagi bagi masyarakat Nabawan apabila Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak sendiri turun ke daerah tersebut merasmikan bangunan Klinik Kesihatan Nabawan itu.

Rainie Elung.

Rainie Elung.

Penduduk, Rainie Elung, 38, meluahkan rasa terharu dengan kehadiran Perdana Menteri ke daerah tersebut menggambarkan betapa kerajaan amat mementingkan pembangunan dan peningkatan kesihatan rakyat di kawasan tersebut.

“Sesungguhnya dengan adanya Klinik Kesihatan Nabawan yang baharu ini banyak memberi kemudahan kepada penduduk seperti kami ini.

“Kalau klinik yang dulu, banyak yang tidak lengkap tidak macam sekarang,” katanya ketika ditemui di klinik sedang bertugas sebagai anggota Rela sempena Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Nabawan pada Jumaat.

Rainie dari Kampung (Kg.) Bahagia berkata, kehadiran ramai pegawai perubatan di klinik tersebut juga membolehkan penduduk Nabawan menerima rawatan dengan cepat berbanding dahulu.

“Tidak perlu lagi menunggu lama giliran apabila adanya bilik doktor yang banyak,” kata beliau.

Sementara itu, Luis Anahu, 49, bekerja dan tinggal di kawasan Perhutanan Tibow, Sepulut yang mengambil masa perjalanan kira-kira dua jam ke Klinik Kesihatan Nabawan turut ditemui membawa cucunya berusia lima bulan yang demam menerima rawatan di situ.

Katanya, klinik baharu ini telah memberi kemudahan asas kepada penduduk Nabawan seterusnya tidak memerlukan mereka untuk ke Hospital Keningau lagi.

Perkara itu diakui oleh seorang lagi penduduk dari Sepulut, Minnie Jumin, 36, bersama-sama keluarganya hadir memeriahkan suasana majlis perasmian klinik tersebut berkata, mereka tidak perlu lagi untuk ke Hospital Keningau lagi untuk menerima rawatan asas dan hanya ke sana apabila hanya sakit teruk sahaja.

Katanya, kini rawatan kesihatan di Nabawan sudah bertambah baik apabila Klinik Kesihatan yang baharu tersebut beroperasi sepenuhnya.
C7DBE1BB-7331-421C-9117-B77585C4628E
Dalam pada itu, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Pemunterian, Mydin Tandin Yakong, 57, berkata jika dibandingkan klinik dahulu dan sekarang sememangnya jauh perbezaannya.

“Saya rasa klinik baharu ini lebih baik daripada yang lama kerana kalau klinik lama dahulunya lokasinya tidak begitu teratur tetapi kini lebih tersusun dan bertambah baik jika dibandingkan dahulu,” jelasnya.

Harapan Mydin agar rawatan kesihatan semakin bertambah baik dengan adanya kehadiran pegawai perubatan yang ramai berbanding sebelum ini.

Mydin meluahkan rasa syukur dengan adanya perkhidmatan kesihatan yang lengkap dan selesa itu.

Sister Angela @ Ranu Gustin

Sister Angela @ Ranu Gustin

Salah seorang Ketua Jururawat di Klinik Kesihatan Nabawan, Sister Angela @ Ranu Gustin, 53, berkata, memang banyak pembaharuan jika dibandingkan dahulu dengan yang sekarang dari segi kemudahan dan rawatan di sini.

“Kalau dulu kita rasa kasihan dengan para penduduk kerana klinik lama ruangnya sempit dan tidak begitu selesa tetapi klinik baharu sekarang banyak kelebihannya.

“Lagipun, kini kehadiran ramai pegawai perubatan sudah tentu memberi manfaat besar kepada peningkatan kesihatan penduduk setempat,” katanya.

Lawatan Perdana Menteri di daerah Nabawan pada 19 Januari itu sesungguhnya membawa banyak hadiah istimewa kepada masyarakat Nabawan.

Hadiah istimewa itu apabila Najib mengumumkan pembinaan pusat haemodialisis demi kemudahan pesakit buah pinggang di daerah tersebut.

Najib mengumumkan berita baik tersebut semasa berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Pekan Nabawan pada Jumaat.

Selain itu, Najib turut meluluskan peruntukan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak RM3 juta atas permintaan anggota Parlimen Pensiangan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

SF

Tinggalkan komen anda