Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Penjawat Awam Melaka Terima Tanah

By 23 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan dan foto : Noraidah Mat Seh

JASIN, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis Penyerahan Notis 5A bagi pemberi milikan tanah kerajaan untuk kakitangan awam di Mukim Semujuk, Jasin berlangsung di Dewan MPJ Lipat Kajang, Merlimau, siang tadi.

Penyampaian notis 5A ini adalah kemuncak bagi proses pemberi milikan tanah kerajaan di Lot 2221 Mukim Semujuk kepada penjawat-penjawat awam, menunjukkan betapa kerajaan negeri menghargai jasa dan bakti mereka dalam pembangunan negeri Melaka.

Idris bersama-sama penerima Notis 5A bagi pemberi milikan tanah kerajaan untuk kakitangan awam di negeri ini.

Idris bersama-sama penerima Notis 5A bagi pemberi milikan tanah kerajaan untuk kakitangan awam di negeri ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, penyerahan tanah ini pada asalnya merupakan tanah kerajaan yang diwartakan.

“Pada 27 April 1989, tanah ini diwartakan sebagai kawasan penempatan beramai-ramai di bawah akta tanah tahun 1960.

“Keseluruhan kawasan telah diusahakan oleh Felcra Berhad dengan tanaman kelapa sawit sehingga keputusan kerajaan negeri meluluskan tanah tersebut diberi milik kepada penjawat awam negeri Melaka.

“Dengan pemberi milikan tanah kepada penjawat awam, saya menyeru agar mereka yang berjaya memanfaatkan anugerah ini untuk membina rumah daripada menjualnya kepada orang lain.

“Kerajaan negeri juga sentiasa berusaha menambah bilangan dan keluasan tanah adat Melaka (MCL) dan hanya diberikan kepada orang melayu sahaja,” Ujar Idris.

Sok Koon gembira dengan Notis 5A yang diterimanya siang tadi.

Sok Koon gembira dengan Notis 5A yang diterimanya siang tadi.

Pesara Polis, Ong Sok Koon ,61, cukup gembira dengan pemilikan ini dan menganggap dirinya bertuah kerana berjaya meskipun jumlah pemohon cukup ramai.

“Saya sangat gembira kerana berjaya mendapat geran tanah yang dimohon pada dua tahun lepas dan tidak menyangka permohonan diterima. Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana sentisa membantu rakyat,” ujarnya.

Menurut, penjawat awam, Noor Ailiza Mohd Nor, 35, yang ditemui menyatakan kesyukuran dengan pemberi milikan tanah kerajaan ini.

“Kerajaan benar-benar prihatin kepada kakitangan awam dan saya akan membina rumah pada tanah tersebut,” katanya.

Seramai 350 orang penerima hadir pada hari ini bagi mendapatkan surat hak milik sementara.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Naim Abu Bakar, Ahli Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Roslan Ahmad, ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman, serta ADUN Bemban, Datuk Ng Choon Koon.

 

Tinggalkan komen anda