Skip to main content
Berita TempatanSabah

Terima Kasih Ceriakan Sekolah Kami

By 23 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Umar Yusof / Foto: Umar Yusof & SMK Merotai (Sabah)

TAWAU, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan projek bersama komuniti di Sekolah Menengah Kebangsaan Merotai oleh Sabah Softwoods Berhad (SSB) yang merupakan salah sebuH anak syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked Companies-GLC) beri keceriaan bukan sahaja kepada para pelajar malah kepada pihak pengurusan sekolah terbabit.

Pengurus Komunikasi Korporat Syarikat terbabit, Sahruddin Paidi ketika ditemui berkata projek komuniti membersihkan kawasan sekolah dan sumbangan baik pulih peralatan seperti kerusi pelajar di sekolah ini merupakan tanggungjawab sosial bukan sahaja di sekolah terbabit malah meliputi beberapa buah sekolah di Sabah.

Sahruddin (kiri) menyampaikan sumbangan almari kepada wahidir (kanan) pada program tersebut.

Sahruddin (kiri) menyampaikan sumbangan almari kepada wahidir (kanan) pada program tersebut.

“SSB sebenarnya sentiasa melaksanakan tanggungjawab sosialnya di beberapa buah sekolah terpilih di Sabah setiap tahun.

“Tahun ini SMK Merotai terpilih menerima sumbangan berbentuk cat dan baik pulih kerusi pelajar sebagai usaha membantu pihak sekolah mewujudkan suasana pembelajaran ceria di sekolah terbabit,” katanya selepas menyampaikan sumbangan bantuan di sekolah terbabit pada Sabtu.

Jelasnya, selain memberi sumbangan SSB bersama kakitangannya bersama ibu bapa turut berkerjasama bergotong royong mengecat, membaiki dan membersihkan kawasan sekolah sambil dapat berkongsi serta mengeratkan hubungan bersama komuniti.

“Selain dapat mengeratkan silaturahim bersama masyarakat setempat pihak SSB turut menghulurkan sumbangan bantuan sebanyak 20 buah almari baju untuk kegunaan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama di sekolah terbabit,” ujarnya.

Para pelajar, ibu bapa dan kakitangan SSB bergotong royong membersihkan kawasan sekolah dan membaiki peralatan sekolah.

Para pelajar, ibu bapa dan kakitangan SSB bergotong royong membersihkan kawasan sekolah dan membaiki peralatan sekolah.

Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbiran, Wahidir Alias menyatakan rasa terima kasih kepada pihak SSB atas sumbangan dan pelaksanaan aktiviti gotong-royong terbabit yang tentunya memberi keceriaan kepada para pelajar disekolah terbabit.

“Saya berharap agar lebih banyak lagi pihak swasta di daerah berkenaan dapat berkerjasama dengan pihak sekolah bagi membantu pembangunan di sekolah terbabit demi mempertingkatkan lagi kecemerlangan pelajar di sekolah ini,” ujarnya.

SF

Tinggalkan komen anda