Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Pendapatan Zakat Meningkat Hasil Kesedaran

By 18 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Wan Shahilawati Wan Baharuddin / Robani Nabi Ahmad (Kelantan)

KOTA BHARU, 18 Jan (Malaysiaaktif) –  Keberkesanan agihan zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kepada golongan sasaran menyumbang kepada peningkatan zakat tahun lepas.

Penasihat Khas kepada Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz menjelaskan pada tahun 2017 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.26 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Tengku Temenggong Kelantan (duduk tengah) ketika sidang media Majlis Makan malam MAIK bersama pengamal media, di sini, semalam.

Tengku Temenggong Kelantan (duduk tengah) ketika sidang media Majlis Makan malam MAIK bersama pengamal media, di sini, semalam.

“Kutipan zakat oleh MAIK adalah sebanyak RM179,303,841 iaitu meningkat berbanding RM162,674,943 pada 2016. Dengan pelbagai usaha yang dijalankan, MAIK mampu mendapat tambahan sebanyak RM17 juta.

“Kita mendidik masyarakat mengenai pentingnya zakat dan adakan saluran-saluran bagi memudahkan pembayaran zakat selain adanya keyakinan bagi pembayaran zakat.

“Kita juga mendapati ramai pembayar zakat adalah daripada luar Kelantan seperti dari Selangor kerana kebanyakan daripada mereka sebenarnya berasal dari Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam MAIK bersama pengamal media, di sini, malam tadi.

Menurutnya lagi, setiap sen kutipan adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan malah semakin besar kutipan maka semakin besar amanah yang dipikul.

“Ketelusan mengenai pelbagai aktiviti yang dijalankan MAIK perlu didedahkan supaya mendapat keyakinan daripada masyarakat untuk menyerahkan zakat kepada kita, ” jelasnya.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abdul Hadi serta Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed.

 

– SH

 

Tinggalkan komen anda