Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Pemimpin Masyarakat Diseru Terus Bantu Rakyat

By 18 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Mohd Faizal Mansor/ foto: Jeffrey Nian

LABUAN, 18 Jan (Malaysiaaktif)– Para pemimpin masyarakat di Labuan diseru agar terus membantu rakyat serta mendengar permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

“Justeru, para pemimpin masyarakat juga perlu peka tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat di samping menjadi penghubung bagi melaporkan segala permasalahan kepada Ahli Parlimen mahupun kementerian ataupun agensi kerajaan bagi mencari mekanisme untuk menyelesaikan masalah rakyat”.

Demikian kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan, di salah sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

“Ini kerana kerajaan yang ada kini sentiasa mendengar setiap keluhan nadi rakyat yang diutarakan melalui pemimpin masyarakat yang dilantik.

“Walaupun keadaan ekonomi global yang tidak menentu, namun kerajaan pada hari ini tetap berusaha membantu rakyat khususnya masyarakat Labuan melalui Pelancaran “Blueprint” Pembangunan Labuan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini,” tambah Adnan.

Kerajaan juga telah memberi peruntukan kewangan bagi pelbagai projek lain di Labuan seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) sebanyak RM100 juta, RM35 juta bagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) serta lain-lain lagi program pembangunan bagi tahun ini,” Adnan menambah lagi.

Pada majlis tersebut beliau turut menyampaikan watikah pelantikan Majlis Perwakilan Penduduk Labuan serta watikah pelantikan ketua-ketua kampung di Labuan yang mana tempoh pelantikan ialah 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2019.

Turut hadir, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Senator Dewan Negara, Datuk Bashir Alias serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Azhar Ahmad.

-SF

Tinggalkan komen anda