Skip to main content
Berita TempatanSabah

Penduduk Ambil Peluang Harga Runtuh

By 28 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Mohd Yusrie Othman / Foto: Aspihen Rahim (Sabah)

MENUMBOK, 28 Jan (Malaysiaktif) – Peluang membeli barangan keperluan harian dengan tawaran harga yang lebih murah daripada pasaran, dimanfaatkan lebih 500 pengunjung warga daerah kecil Menumbok di Dewan Serbaguna Awang Semaun pada Sabtu.

Program Jualan Sentuhan Rakyat UMNO Bahagian P177 Beaufort, dengan kerjasama Bestamart Sdn Bhd, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ini mendapat sambutan luar jangka daripadamasyarakat sekitar daerah kecil terbabit.

Isnin (tiga dari kiri) bersama pemimpin masyarakat yang turut serta bersama penduduk pada program berkenaan

Isnin (tiga dari kiri) bersama pemimpin masyarakat yang turut serta bersama penduduk

Daerah kecil Menumbok yang terletak hampir 100 kilometer dari pekan Beaufort tentunya mengharapkan bekalan harga barang yang murah dan pelbagai.

Menurut penduduk, Nasir Nisbah dari Kampung Darat, tawaran harga pada jualan ini amat berpatutan dan berbaloi.

“Pelaksanaan program ini amat baik dan membolehkan saya tidak perlu ke Beaufort jika ingin membeli beberapa barangan sahaja.

“Hari ini saya rasa berbaloi dengan jumlah wang saya miliki kerana saya mendapat sejumlah barangan rumah yang jauh lebih murah,” katanya semasa sibuk membeli-belah pada program berkenaan.

Hj Nasir Nisbah

Nasir Nisbah

Tambahnya, usaha kerajaan memberikan subsidi kepada barangan yang dijual sangat dihargai oleh penduduk di sini.

Sementara itu, Ketua pegawai penguatkuasa KPDNKK daerah Beaufort, Anuar Kannari berkata penglibatan pihaknya dalam program ini adalah bagi membantu dari segi pemantauan kawalan harga barangan yang dijual agar dapat menepati sasaran program.

“Di pihak kami berharap program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana mendapat sambutan masyarakat luar bandar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian P177 Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih yang turut turun padang bersama-sama penduduk berkata kerajaan sentiasa mendengar keluh resah rakyat terhadap permasalahan peningkatan kos hidup.

“Kerajaan akan sentiasa komited memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Melihat kepada sambutan pendudu hari ini, saya merasa amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan dan akan meneruskan usaha program seperti ini agar sampai terus kepada golongan sasar,” jelasnya semasa memantau pelaksanaan program berkenaan.

SF

Tinggalkan komen anda