Skip to main content
Berita TempatanHomeNegeri Sembilan

Ponggal Disambut Meriah Oleh Masyarakat India

By 15 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan & Foto: Ramasamy Amas

 

JEMPOL, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Selain perayaan Deepavali dan Thaipusam, perayaan Ponggal juga tidak asing lagi bagi masyarakat India. Seluruh masyarakat India beragama Hindu merayakan “Perayaan Menuai” Ponggal yyang akan disambut selama empat hari berturut-turut pada pertengahan Januari (bagi kalendar kaum India bulan Thai bulan ke 10).

Ponggal diraikan setiap tahun sempena berakhirnya musim menuai. Hasil pertama (padi) dituai dan dipersembahkan kepada Dewa Matahari Bahasa Tamil “Suriabahgavan” sebagai tanda terima kasih kepada dewa mahahari yang telah memberi kemakmuran kepada masyarakat petani.

Menurut Ketua Sami (Gurukkal Ramani) Kuil Sri Maha Mariamman Bahau yang mengadakan Sembahyang Khas pagi semalam berkata, Bulan “Thai ialah bulan kemakmuran. Maka, pada hari pertama Ponggal, rumah-rumah perlu dihiasi dengan daun mangga, daun pelepah kelapa dan lantai dihiasi dengan corak-corak yang diukir menggunakan tepung beras berwarna (kolum) dan mengikat batang tebu di luar rumah.

K.Sngaraveloo bersama keluarga

K.Sngaraveloo bersama keluarga

“Bulan Thai ialah bulan yang sangat sesuai untuk bertemu jodoh dan mengadakan majlis perkahwinan.

“Hari pertama Ponggal dikenali sebagai “Bhogi” iaitu hari khusus untuk Dewa Awan dan Hujan. Oleh itu, sebelum matahari terbit, unggun api dinyalakan dan dibakar bersama barang buangan termasuk pakaian lama dan sebagainya yang membawa maksud “membuang perkara perkara yang tidak baik dan membersihkan diri dengan niat yang baik serta menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

“Manakala hari kedua dipanggil “Thai Ponggal” yang dikhaskan untuk Dewa Matahari. Ahli keluarga akan berkumpul sebelum matahari terbit dengan memasak susu di periuk belanga  yang dibuat daripada tanah dan apabila susu mendidih mengalir keluar daripada periuk mereka sekeluarga akan melaungkan “Ponggal Lo Ponggal” sebanyak tiga kali.

“Hari ketiga pula disambut sebagai “Mattu Ponggal” yang dikhususkan kepada ternakan lembu yang telah banyak berjasa kepada petani, sebagai mengucapkan terima kasih kepada penternak lembu sahaja akan memasak nasi manis dan dihidangkan kepada  lembu. Sebelum itu, lembu akan dimandikan dan tanduknya akan dihiasi dengan dicat  berwarna warni.

“Hari terakhir ialah “Kaanum Ponggal” iaitu hari yang istimewa kepada wanita yang belum berkahwin dan juga hari bertemu jodoh dengan menjemput sanak saudara dan kenalan rapat dengan mengadakan jamuan masakan Ponggal dan beberapa acara sampingan lagi,” jelasnya.

Sementara itu, K.Sngaraveloo, 89, yang menyambut perayaan bersama keluarga berharap keadaan ekonomi negara kita terus kukuh dan rakyat sentiasa hidup dalam keadaan aman serta mengekalkan perpaduan serta meningkatkan kemakmuran rakyat Malaysia yang juga bapa kepada sembilan anak mempunyai 15 cucu.

Dalam pada itu, Sivanessawari, 29, dari Taman Desa Puteri, berkata, perayaan Ponggal ini akan membawa limpahan rezeki kepada rakyat Malaysia dan berharap akan membawa kestabilan ekonomi.

-SF

Tinggalkan komen anda