Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Jalinan Pemimpin, Penduduk Melalui Gerak Mesra RTC Napoh

By 14 Januari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh : Noor Faeizah Ahamad dan Fatin Nabila Muktar

KUBANG PASU, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Program Gerak Mesra telah diadakan di Perkarangan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh semalam.

Dalam ucapannya, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom yang berkata, “usaha mempromosi, merancak dan mengimarahkan RTC Napoh perlu diperbanyakkan lagi sebagai langkah untuk menolong peniaga-peniaga kecil menambah pendapatan mereka”.

Beliau berharap  program sebegini dapat memupuk jalinan perpaduan dan kerjasama yang erat antara wanita khususnya melalui pertandingan yang dianjurkan.

Pelbagai acara dan pertandingan yang telah disediakan sempena program tersebut, termasuk Zumba, senamrobik dan pemeriksaan kesihatan.

Manakala pada sebelah petang turut diadakan acara-acara untuk wanita, termasuk  gubahan sirih junjung, lipatan tuala, gubahan bahan terbuang danhidangan kerabu ulam-ulaman.

Seorang peserta, Azizah Said, 42 tahun berkata “Pertandingan seperti ini dapat mencungkil bakat serta kreativiti kaum wanita dan boleh dijadikan aktiviti mengisi masa lapang mereka.”

IMG-20180114-WA0039

Komuniti 1 Malaysia (L1M) Daerah Kubang Pasu telah memenangi pertandingan kategori gubahan sementara pertandingan pelbagai kategori di monopoli oleh warga Kampung Bukit dan Kampung Betung, Kubang Pasu.

– MRR

Tinggalkan komen anda