Skip to main content
Berita TempatanSabah

RELA Terima Peruntukan RM6 Juta, Pusat Latihan Baharu

By 22 Januari 2018Januari 25th, 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Asmidar Zainol / Foto: Taulani Hamzah (Sabah)

TUARAN, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menerima peruntukan RM6 juta dan sebidang tanah daripada Kerajaan Negeri sebagai pusat latihan baharu agensi berkenaan.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata langkah tersebut untuk menghargai jasa jabatan berkenaan dalam menjaga keselamatan masyarakat.

Musa (kiri) memakaikan lencana RELA kepada anggota baharu jabatan berkenaan.

Musa (kiri) memakaikan lencana RELA kepada anggota baharu jabatan berkenaan.

“Kerajaan Negeri dengan sukacita bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM6 juta kepada pihak RELA untuk membeli pakaian seragam dan alatan kelengkapan lain.

“Ini atas persetujuan dan penghargan kita kepada anggota RELA yang telah menjaga keselamatan dan menjalankan tugas dengan penuh komited dan bertanggjawab,” katanya.

Selain itu, sebidang tanah berkeluasan 50 ekar di Sandakan juga akan diserahkan kepada RELA bagi membina pusat latihan anggotanya.

“Saya telah memberi persetujuan kepada Timbalan Perdana Menteri untuk memberikan sebidang tanah di Sandakan bagi pembinaan Pusat Latihan RELA yang kedua di negeri ini.

“Saya percaya dengan adanya pusat latihan ini akan memberi kemudahan dan dan keselesaan serta menjimatkan kos pihak RELA untuk mengadakan latihan tanpa perlu datang ke Kota Kinabalu,” jelasnya.

Musa turut telah mengarahkan Jabatan Tanah dan Ukur untuk membuat persediaan memberikan tanah tersebut kepada pihak RELA bagi memulakan pembinaan pusat berkenaan.

“Terpulang kepada pihak RELA dan Kementerian Dalam Negeri, bila untuk membina pusat tersebut, Sabah bersedia memberikan tanah tersebut dan sekiranya perlu, Sabah bersedia untuk memberikan tambahan tanah bagi pembinaan pusat latihan berkenaan,” katanya kepada media selepas perasmian Majlis Pelancaran Penugasan RELA di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, pada Sabtu.

SF

Tinggalkan komen anda