Skip to main content
Berita TempatanSabah

500 Anggota RELA Jalani Latihan Bantu Kawal Esszone

By 22 Januari 2018Tiada komen3 minit bacaan

Laporan: Asmidar Zainol / Foto: Taulani Hamzah (Sabah)

TUARAN, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 500 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)  yang akan bertugas di kawasan ESSZONE menjalani latihan  secara berperingkat bermula 9 hingga 27 Januari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi, TKPjR Kamaruddin Mohd Rapig berkata anggota-anggota yang terlibat akan bertugas di kawasan-kawasan ESSZONE yang telah ditetapkan.

“Anggota-anggota RELA yang dipilih akan menjalankan tugas-tugas rondaan komuniti di kawasan-kawasan yang telah dipilih dan berdasarkan sambutan dan latihan yang diberikan, kawasan-kawasan tersebut mungkin akan perluasan ke kawasan lain sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kejadian atau aktiviti yang tidak sepatutnya kepada pihak yang berkuasa.

“Selain itu. pemantauan juga akan dilakukan oleh Pengarah-Pengarah Negeri, pegawai-pegawai RELA Daerah dan pegawai-pegawai keselamatan di ESSZONE yang akan sama-sama turun padang untuk meninjau dan melihat peranan serta tugas rondaan yang dijalankan supaya lebih berkesan,” katanya.

Kamaruddin turut mengucapkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman atas sumbangan peruntukan RM6 juta serta sebidang tanah bagi pembinaan Pusat Latihan RELA di Sandakan.

“Kita ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Musa Aman atas sumbangan ini dan saya berharap semua anggota yang akan ditugaskan akan bekerja dengan lebih semangat dan mungkin peruntukan-peruntukan lain juga akan diberikan.

“Kita telah diumumkan bahawa satu pusat latihan yang kedua akan dibina di Sandakan Sabah dan ini akan memudahkan lagi anggota-anggota di ESSZONE menjalani latihan-latihan di kawasan tersebut,” ujarnya kepada media selepas majlis Pelancaran Penugasan RELA di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, pada Sabtu.

Labib melahirkan rasa gembira apbila peranan RELA diiktiraf.

Labib melahirkan rasa gembira apbila peranan RELA diiktiraf.

Bagi Ketua Perhubungan RELA Mukim Batu Putih Baru, Sandakan, Labib Hanif Ali, dia turut bersyukur atas keperihatinan Ketua Menteri tersebut.

“Sebagai anggota RELA yang tidak bergaji dan tidak berelaun, saya berasa bersyukur dengan adanya peruntukan RM6 juta kerana banyak yang boleh yang boleh dimanfaatkan daripadanya.

“Selain pakaian seragam baharu, kami juga berharap dengan peruntukan tersebut ia dapat membekalkan anggota walkie talkie, baton, dan sebagainya.

“Manakala dengan adanya Pusat Latihan RELA di Sandakan nanti lebih ramai  anggota dapat direkrut selain lebih ramai anggota dapat menyertai kurusus untuk  menambah pengetahuan mereka dalam tugasan yang diperlukan,” katanya.

Pemilik kedai mini itu turut berharap orang ramai tidak salah faham dengan tugasan anggota RELA di kawasan ESSZONE berkenaan.

“Tugas kami bukannya mengejar penjenayah atau pengganas, tetapi kami membuat kawalan setempat.

“Sebagai contohnya di kampung di mana kami akan mengelilingi kampung dan mengumpul maklumat, berapa rumah kosong yang ada, meninjau sekiranya ada orang-orang asing.

“Kawalan akan dilaksanakan 24 jam dengan tiga shift dan lapan anggota serta dua pegawai bertugas bagi setiap shift.

“Sebagai seorang anggota RELA saya amat berbangga dengan amanah yang diberikan dan berjanji akan bertungkus lumus memikul tanggungjawab tersebut dan berharap tugas RELA akan diperluaskan lagi,” ujarnya gembira.

Risting berharap anggota RELA akan memberi imej yang baik kepada jabatan.  

Risting berharap anggota RELA akan memberi imej yang baik kepada jabatan.

Sementara itu, Pegawai RELA Daerah Semporna, PPjR Risting Motoron berkata dengan adanya Pusat Latihan di Sandakan nanti akan dapat memberi kemudahan untuk berlatih dan meningkatkan kemahiran anggota di Zon Pantai Timur.

“Dengan adanya pusat latihan berkenaan juga secara tidak langsung dapat mengurangkan kos perbelanjaan jabatan selain dapat menjimatkan masa tanpa perlu berjalan jauh.

“Sekarang ini perjalanan kami dari Semporna ke Pusat Latihan RELA Negeri Sabah mengambil masa lebih kurang 12 jam dan apabila sampai di sini anggota telah penat dan tidak dapat menumpukan perhatian semasa kursus.

“Oleh yang berkenaan, kami amat mengalu-alukan pembinaan Pusat Latihan RELA di Sandakan tersebut,” katanya.

Risting turut berharap dengan peruntukan yang dijanjikan, kebajikan dan kelengkapan anggota RELA akan dipertingkatkan antaranya dengan menyediakan baju hujan, lampu suluh kepada mereka yang bertugas.

Dia turut berharap seluruh anggota RELA akan meningkatkan disiplin, mematuhi SOP jabatan serta sentiasa berketerampilan bagi menjaga imej jabatan berkenaan.

SF

Tinggalkan komen anda