Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Setem Haiwan Jadi Pilihan Pos Malaysia Bagi 2018

By 16 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Rajeswari Nagamuthu & Rahimah Rafiai (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini mengeluarkan setem pertama 2018 bertemakan ‘Haiwan Dengan Pelbagai Peranan – Anjing Kerja’.

Menurut Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia, Diyana Lean Abdullah, koleksi ini menonjolkan kepentingan anjing kerja dalam masyarakat kita.

“Anjing kerja, tidak seperti haiwan peliharan biasa. Ia dilatih untuk melaksanakan tugas-tugas khas untuk membantu manusia. Misalnya, anjing kerja peranan penting dalam usaha pencegahan jenayah, pengesahan bahan-bahan tersembunyi dan membantu individu cacat penglihatan.

“Oleh itu, Pos Malaysia mengeluarkan tiga setem dalam denominasi 60 sen setiap satu, memaparkan lakaran Anggota Bomba dan Anjing Border Collie, Polis dan Anjing Belgian Shepherd dan Orang Buta dan Anjing Golden Retriever.

“Dalam pada itu, lembaran mini pula menampilkan ilustrasi polis dengan Anjing German Shepherd dan Anjing Labrador. Lebih istimewa, lembaran mini ini didatangkan dalam bentuk ‘die-cut’,” katanya.

Koleksi setem yang dilancarkan berserta harga

Koleksi setem yang dilancarkan berserta harga

Jelas Diyana, terdapat sebanyak 200 ribu kepingan cetakan untuk setiap reka bentuk setem, 30 ribu helai Sampul Surat Hari Pertama (FDC), 25 ribu lembaran mini serta 1,800 helai folder dan kesemuannya tidak akan dicetak semula sebaik stok ini habis.

“Lebaran mini boleh dibeli pada harga RM 5.30 setiap satu. Produk filateli lain seperti FDC dengan risalah percuma boleh didapati pada 55sen setiap satu, manakala folder berharga RM6.35 setiap satu. Set lengkap siri setem ini boleh didapati pada harga RM58.10 setiap satu. Semua harga di atas termasuk GST,” katanya lagi.

Semua pengumpul setem boleh membuka Akaun Deposit Pesanan Berdaftar (SODA) bagi memudahkan urusan pembelian siri setem terkini yang boleh didapati di seluruh pejabat pos bermula Khamis, 18 Januari 2018.

Kepada yang berminat menjadi sebahagian daripada komuniti SODA boleh mendaftar di mana-mana pejabat pos di seluruh negara atau layari www.posonline.com.my.

Siri setem terbaru ini juga boleh didapati melalui laman web www.eziemall.com.

– AH

Tinggalkan komen anda