Skip to main content
Berita TempatanSabah

Tiga Bayi Pertama Terima Insentif ADAM50

By 3 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & foto: Umar Yusof (Sabah)

TAWAU, 3 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai tiga bayi pertama yang dilahirkan di Hospital Tawau menerima insentif Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) pada Isnin.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat mengucapkan tahniah kepada tiga ibu yang melahirkan anak pada 1 Januari.

“Tahniah kepada ahli keluarga yang memperoleh bayi yang dilahirkan pada 1 Januari di Hospital Tawau. Ketiga-tiga bayi tersebut secara langsung bakal menerima insentif ADAM50 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018.

Katanya, kerajaan sentiasa komited membina masa depan generasi Transformasi Negara 2050 (TN50) yang lebih cerah dan terjamin selain memupuk budaya menyimpan dalam kalangan generasi akan datang.

Jelasnya lagi, ADAM50 melibatkan dua tabung iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera dan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan bumiputera.

Menerusi  ADAM50, kesemua bayi warganegara Malaysia yang lahir bermula 1 Jan 2018 sehingga 31 Dis 2022 akan menerima unit insentif percuma sebanyak 200 unit yang  akan dikreditkan secara automatik selepas proses pendaftaran dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga ke dalam tabung unit amanah kendalian Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Berita gembira berkenaan disampaikan kepada keluarga tiga bayi yang lahir di hospital itu bersempena Tahun Baharu 2018 semlam.

Terdahulu, Hamisah sempat melakukan tinjauan ke Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan di kawasan DUN Tanjung Batu, di sini, pada hari pertama persekolahan 2018.

Beliau yang juga Adun Tanjung Batu amat berpuas hati dengan perjalanan awal persekolahan pada tahun ini yang bermula dengan lancar.

“Hari petama persekolahan telah bermula, semua pelajar telah kembali ke sekolah bagi meneruskan sesi persekolahan 2018.

“Semua ibu bapa sibuk menguruskan anak-anak mereka terutamanya pelajar Tahun 1 dan tidak terkecuali juga kepada guru-guru yang bertungkus lumus melakukan tugas masing-masing bagi melancarkan segala urusan untuk sesi persekolahan 2018 ini,” katanya selepas melakukan tinjauan tersebut.

-SF

Tinggalkan komen anda