Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

40 Notis Dikeluarkan Dalam Operasi Khas Sempena Tahun Baharu Cina

By 21 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad & Remmy Ramai (Sarawak)

MUKAH, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 40 notis pemeriksaan kenderaan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dalam satu operasi khas sempena perayaan Tahun Baharu Cina dan Ops Motosikal di Jalan Boulevard Medan Ria di sini semalam.

Pengarah JPJ Sarawak, Mohd Shafiq Anas Abdullah berkata, operasi penguatkuasaan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya terutamanya pada musim perayaan.

“Kesemua pengguna kenderaan yang dikenakan notis pemeriksaan diarah untuk membuat pemeriksaan kenderaan di pejabat JPJ Mukah manakala mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan kompaun atau saman,” katanya.

Sebanyak 40 notis dikeluarkan sepanjang operasi ini dilakukan semalam.

Sebanyak 40 notis dikeluarkan sepanjang operasi ini dilakukan semalam.

Menurut Shafiq lagi, daripada jumlah notis yang dikeluarkan, notis saman mencatat peningkatan dengan 40 jumlah notis yang merangkumi pelbagai kesalahan.

“Notis bagi larangan penggunaan kenderaan dan arah periksa kenderaan masing-masing mencatatkan sebanyak 29 kes.

“Empat notis lagi dikeluarkan bagi notis saman kenderaan barangan dan kenderaan perkhidmatan awam,” jelasnya.

Kesemua kesalahan dikenakan kompaun, notis periksa kenderaan serta saman mahkamah. Bagaimanapun tiada kenderaan disita semasa operasi tersebut.

Shafiq turut memaklumkan, terdapat peningkatan saman dan kenderaan yang diambil tindakan daripada tahun 2017 dan 2018.

“Sepanjang tempoh bulan Januari sehingga Februari tahun ini, jumlah saman adalah sebanyak 311 berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 138 notis untuk dua bulan yang pertama.

“Kita juga berharap pada tahun ini kes lebih muatan serta kenderaan membawa barang secara berbahaya akan diambil tindakan tegas,” tambahnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda