Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Guru Agama Pembentuk Generasi Muda Berilmu -Musa

By 20 Februari 2018Februari 22nd, 2018Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan Oleh: Idris Sani Saberun / Foto : Johny George Kimlon (Sabah)

 

KOTA KINABALU, 20 Feb. (Malaysiaaktif) –Guru-guru agama memainkan peranan penting sebagai agen pembentuk kepada generasi muda untuk dibekalkan dengan ilmu yang bermanfaat.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata, ilmu agama seperti Fardhu Ain, hukum-hakam agama, ibadah, akidah dan sebagainya penting untuk melahirkan insan yang berkualiti duniawi dan ukhrawi.

Musa berucap merasmikan Program Multaqa Murabbi Ummah peringkat negeri Sabah 2018 di Dewan Sa'adah, Wisma MUIS.

Musa berucap merasmikan Program Multaqa Murabbi Ummah peringkat negeri Sabah 2018 di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS.

“Dalam mengharungi cabaran sebagai pendidik, kita memerlukan golongan cendekiawan agama yang bukan sahaja berperanan sebagai guru agama dalam kelas malah bertanggungjawab memperbaiki, memimpin dan membimbing seterusnya mentransformasikan ilmu, adab dan yang baik.

Sebagai kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab, kita sentiasa mengiktiraf dan menghargai peranan, sumbangan dan komitmen tinggi guru-guru agama di negeri ini.

“Kita percaya dengan adanya sumbangan para guru dalam bidang masing-masing ia turut menyumbang keada pembangunan negeri, kesejahteraan dan keharmonian rakyat berbilang kaum, agama dan budaya di negeri ini”, jelas beliau.

“Saya sangat yakin dan percaya, perhimpunan para Murabbi akan meghasilkan satu semangat untuk kita mengembleng kemahiran, ilmu dan tenaga demi perpaduan dan pembangunan di negeri ini.

Musa berkata demikian ketika merasmikan Program Multaqa Murabbi Ummah peringkat negeri Sabah 2018 di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS dekat sini pada Isnin.

Katanya, Multaqa pada hari ini diadakan tepat pada masanya ketika kita sedang berhadapan dengan cabaran pelbagai bidang dan dimensi.

“Kebelakangan ini, terdapat pihak tertentu cuba memainkan sentimen agama bagi menggugat keharmonian agama di negara kita.

Isu ini jika tidak ditangani dengan baik dan berhikmah boleh membawa kepada perbalahan dan konflik yang berpanjangan sepertimana yang berlaku di negara-negara lain”. tambah beliau.

Dr. Asraf Wajdi ketika menyampaikan ucapan aluan.

Dr. Asraf Wajdi ketika menyampaikan ucapan aluan.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asraf Wajdi Datuk Dasuki berkata kerajaan persekutuan dibawah pimpinan Perdana Menteri sentiasa prihatin terhadap kebajikan guru-guru agama.

Menurut beliau, sepanjang pentadbiran Perdana Menteri elaun iman, guru-guru KAFA dan gurun Takmir telah dinaikkan tiga kali.

“Bagi mengiktiraf sumbangan Iman, Bilal, Siak, Guru Takmir dan Guru KAFA, kerajaan npersekutuan memperuntukkan bayaran secara one-off.

“Sebab itulah kerajaan persekutuan memperuntukkan tidak kurang dari RM500 juta melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk disalurkan ke semua negeri bagi membayar imbuhan kepada Imam, Guru KAFA dan Guru Takmir,” ujarnya.

Jelasnya lagi, bagi tujuan itu, pada tahun ini pihak kerajaan persekutuan menyalurkan sebanyak RM 47,502,648 Juta kepada kerajaan negeri Sabah untuk diberikan kapada para guru dan imam yang terlibat.

“Jumlah tersebut merupakan bayaran imbuhan bulanan kepada lebih seribu para imam berjumlah RM7,328.800 juta, guru takmir berjumlah RM3,177.600 juta dan Guru KAFA berjumlah RM26,995.248 juta,” katanya.

Seramai lebih 1000 guru agama, imam dan bilal menghadiri program tersebut serta turut berpeluang turut mengikuti ceramah bertajuk ‘Bid’ah Menurut Ahli Sunnah Wal Jama’ah’ yang disampaikan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sohibul Fadhilah, Hamdani Omar dan ceramah oleh Mufti Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil dengan tajuk ‘Manhaj Pengurusan Islam: Ke Arah Kelestarian Ummah’.

Turut hadir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd. Ariffin Mohd Arif, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, Masri Razali dan  Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah, Junaidi Jumahad.

-MRR

Tinggalkan komen anda