Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Bertani Sambil Rekreasi, Kongsi Hasil Bersama

By 19 Februari 2018Tiada komen3 minit bacaan


LAPORAN      :           Eviannie Kin /                      
 FOTO   :  Ahmad Marif Hj.Ag.Damit                                      (Sabah)

KOTA KINABALU, 18 Feb. (Malaysiaaktif) – Program ‘MyFarmville@ Kingfisher’ memperkenalkan konsep bertani sambil rekreasi dengan mengajak penglibatan komuniti bandar untuk bercucuk tanam dan berkongsi hasil tanaman bersama.

Ia adalah satu lagi usaha dan komitmen kerajaan untuk membantu rakyat mengurangkan perbelanjaan dapur.

Salah seorang staf DBKK turut sama-sama membantu komuniti sekitar menjalankan kegiatan penanaman sayur-sayuran.

Salah seorang staf DBKK turut sama-sama membantu komuniti sekitar menjalankan kegiatan penanaman sayur-sayuran.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Yeo Boon Hai berkata, program tersebut merupakan percubaan pertama pihaknya untuk memperkenalkan konsep Urban Recreational Farming sebagai satu aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan bersama oleh komuniti secara keseluruhannya.

“Selain itu, objektifnya adalah untuk memperkenalkan penggunaan sumber secara berkesan dengan menggunakan kompos-kompos organik dan membantu masyarakat mengurangkan kos kehidupan yang semakin meningkat.

Katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian My Farmville@Kingfisher di Pusat Pembelajaran Bandaraya Kota Kinabalu, Taman Kingfisher pada pagi Sabtu.

Pengerusi My Farmville@Kingfisher yang juga Timbalan Ketua Pengarah Operasi DBKK, Noorliza Awang Alip.

Pengerusi My Farmville@Kingfisher yang juga Timbalan Ketua Pengarah Operasi DBKK, Noorliza Awang Alip.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Operasi DBKK, Noorliza Awang Alip selaku Pengerusi program tersebut menjelaskan setiap hujung minggu komuniti sekitar boleh datang ke My Farmville@Kingfisher untuk sama-sama mengusahakan pelbagai jenis tanaman iaitu sayur-sayuran, buah-buahan dan herba-herba.

“Penanaman telah bermula pada 30 Disember 2017 dengan menggunakan tanah seluas 0.6 ekar di kawasan Taman Kingfisher untuk menanam pelbagai jenis tanaman.

“Terdapat enam komponen utama yang ada di taman ini, antaranya kebun sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman herba, kolam ikan karuk, kebun untuk kanak-kanak dan pusat pembelajaran kanak-kanak.

“Setakat ini, kami bersama-sama komuniti di sini sudah menanam 96 pokok buah-buahan daripada 25 spesies, 150 pokok mulberry, 22 batas sayur-sayuran seperti petola, oregano, cili padi dan tidak ketinggalan juga penanaman tanaman herba,” ujar beliau.

Menurut Noorliza, DBKK sedang berusaha menarik lebih ramai penglibatan komuniti untuk bersama-sama menjayakan program sedemikian.

“Manfaatnya milik bersama, syaratnya senang sahaja, jangan jual dan rosakkan tanaman.

Untuk komuniti, tiada masalah jika mahu ambil untuk makan khususnya kepada sesiapa sahaja yang menyumbang kepada tanaman yang ada,” tambah beliau.

Sitti Raisya Baisarah, 7 tahun kelihatan seronok dalam aktiviti penanaman bawang untuk kanak-kanak.

Sitti Raisya Baisarah, 7 tahun kelihatan seronok dalam aktiviti penanaman bawang untuk kanak-kanak.

Menurutnya, kini ada sudah permintaan yang ingin program yang sama untuk dilaksanakan

di kawasan lain iaitu akan datang akan dibuat di kawasan perumahan Tanjung Aru dan Bukit Sepanggar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sabah, Datuk Idrus Shapie mendedahkan, pihaknya sudah berbincang tentang usaha untuk membantu DBKK menjayakan program pertanian bandar itu.

“Jabatan Pertanian sendiri ada menjalankan konsep program sama yang telah dilaksanakan kira-kira tempoh dua hingga tiga tahun ini, tetapi hanya tertumpu kepada pinggir bandar seperti Putatan dan Penampang dan kini kami akan luaskan bantuan ke Bandaraya Kota Kinabalu.

“Untuk itu, pihak Jabatan Pertanian memang ada peruntukan khusus untuk program pertanian bandar ini dan kita boleh sumbang sedikit bantuan kewangan terhadap program sedemikian,” katanya.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid hadir merasmikan program tersebut.

Turut diadakan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara DBKK bersama-sama dengan Jabatan Pertanian Sabah serta Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

 Yeo (dua dari kiri) diiringi Joannes sedang menandatangani MoU dengan Idrus (dua dari kanan) sambil disaksikan Jainab (kanan) dan Edward (kiri).

Yeo (dua dari kiri) diiringi Joannes sedang menandatangani MoU dengan Idrus (dua dari kanan) sambil disaksikan Jainab (kanan) dan Edward (kiri).

MoU itu bertujuan sebagai bukti kerjasama erat melalui pendekatan strategi lautan biru kebangsaan (NBOS) bagi memperkasa pembangunan ekonomi dan alam sekitar di bandaraya Kota Kinabalu.

Hadir sama, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri merangkap Menteri Yang Bertanggungjawab terhadap DBKK, Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah dan Ketua Pengarah DBKK, Datuk Joannes Solidau.

 

 

 

-MRR

Tinggalkan komen anda