Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Jemputan Kenduri Terima Beras

By 19 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Menjadi kebiasaan bagi rakyat di negeri ini apabila dijemput menghadiri majlis kenduri, tetamu akan hadir dengan membawa hadiah ataupun “ngele” (memberi duit)  kepada pasangan pengantin sebagai tanda meraikan mempelai yang melangkah ke alam rumahtangga.

Namun sebaliknya yang berlaku pada majlis menyambut menantu keluarga Azmi Mohd Noor di Taman Sri Lichong, di sini semalam apabila tetamu yang hadir menerima hadiah daripada tuan rumah.

Orang ramai mendapatkan beras yang diberi percuma oleh YFA.

Orang ramai mendapatkan beras yang diberi percuma oleh YFA.

Azmi yang merupakan Pengerusi Yayasan Fatimah Azzahra (YFA) berkata beliau mengambil peluang sempena perkhawinan anak lelakinya dengan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

“Pada majlis ini, tetamu yang datang akan membawa kad undangan yang turut berfungsi sebagai kupon bagi menebus beras seberat lima kilogram yang diagihkan oleh yayasan. Saya gembira kerana berjaya mengagihkan sebanyak 7,000 kampit beras hari ini.

“Program Satu Kampit Satu Rumah yang saya inspirasikan ini kini direalisasi menerusi YFA. Ia bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan, mungkin kelihatan kecil pada mata seseorang, namuni besar pada mereka yang kekurangan,” ujar Azmi lagi.

Dalam pada itu,  sebanyak 20 kawah gulai berserta menu-menu lain telah dimasak secara bergotong- royong oleh penduduk setempat.

Seorang penerima,  Raja Zubaidah Raja Hussin mengucapkan terima kasih kepada YFA kerana prihatin dengan nasib mereka yang memerlukan.

– SH

Tinggalkan komen anda